Dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas dakwaan merogol dan menyamun teman wanitanya
LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas dakwaan merogol dan menyamun teman wanitanya berusia 20 tahun di Sungai Lembu, Bukit Mertajam, pada 4 Februari lalu.
Tertuduh, Anuar Shaiful Rizman Rozali, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu dibacakan jurubahasa.
Tertuduh yang mengenakan seluar pendek dan kemeja T mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norhayati Mohamad Yunus dan meminta untuk dibicarakan.
Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh pada 4 petang, 2 Februari lalu didapati merogol penuntut perempuan kolej swasta di kawasan tanah perkuburan cina di Sungai Lembu.
Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh pada 4 petang, 2 Februari lalu didapati merogol penuntut perempuan kolej swasta di kawasan tanah perkuburan cina di Sungai Lembu.
Tertuduh juga kemudian bertindak memukul dan menyamun mangsa sebelum penuntut berkenaan membuat laporan polis.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Kamaliza sebelum itu memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas tertuduh.
Norhayati bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM20, 000 dan menetapkan 18 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mahkamah juga melarang tertuduh untuk mendekati mangsa dalam tempoh itu.(hmetro.com.my)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu lagi bukti gagalnya undang-undang ciptaan manusia dalam mendidik kehidupan manusia.
Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.
Solusinya.. Undilah PAS Untuk Ngara Islam, Malaysia..
Solusinya.. Undilah PAS Untuk Ngara Islam, Malaysia..
Alhamdulillah...fokus Penyatuan Ummah akan berterusan. Istiqomah. Tahniah kepada semua Muslim dan Bumiputra yang menjayakan
ReplyDeleteTun sudah memperlihatkan satu hint kepada Melayu dan Bumiputra. Kita pilih bersangka baik sahaja bagi reaksi tun baru baru ini. Bersedialah kita untuk merapatkan saf.
ReplyDeleteKena diingat saudara2 muslim semua. Penyatuan Ummah ni kena FOKUZZ DAN BULLDOZZ.
Samada tun ada muslihat ke atau tidak, itu perkara nombor 13, jangan peduli. Yang tersirat dalam diri tun hanya Allah yang tahu.
Penyatuan Ummah adalah perkara sangat baik dan tidak ada risiko atau kerugian untuk umat Islam dan Bumiputra. Kita gigit itu saja sudah.
Pentas Politiknya? Biarlah pesilat2 kita yg diatas bermain seninya. Kita tidak keseorangan. Kita majoriti dan kita lah pencorak dasar pentadbiran negara mengikut landasan Islam. Takbir!
Umat Islam dan Bumiputra tak usahlah dibimbangi perbincangan diantara Tun dan TGHA. Intipati perbincangan itu kekal rahsia mereka berdua. Insha'Allah untuk kebaikan perjuangan ABATA.
ReplyDeleteKita dibawah ini laksanakan apa yang wajib bagi kita, bersesuaian dengan apa yang kita mampu lakukan iaitu participate ke arah PENYATUAN UMMAH
Tuan ibnu atau sesiapa disini maaf nak bertanya.
ReplyDeleteAda tak jadual program ceramah pas/umno di semenyih? Saya nak pergi tapi kalau boleh biar diwaktu ada program. Sebab agak jauh semenyih tu drpd tempat saya tak mahu pergi nnt sia2.
Tkasih
Good article. Islam ada perundangan sendiri. Sudah sampai waktunya untuk dibuang undang2 kufar
ReplyDelete