GempakSpot: Taksub Puja Artis Sampai Pincang Akidah
Selalu kita dengar, peminat dan artis saling memerlukan satu sama lain. Tanpa peminat artis akan rebah, peminat pula menjadikan artis atau individu ternama sebagai idola; untuk kehidupan atau inspirasi kejayaan.
Mengidolakan artis tidak salah namun bagi penulis ia perlulah berpada-pada. Sebab seperkara yang pasti, artis pun manusia juga. Bukan sempurna.
Yang menjadi hal apabila berlebih-lebihan memuja artis sampai ada yang memperjudikan akidah dan agama.
Maaf cakap, isu yang tular baru-baru ini sampai ada yang terlampau obses dengan kumpulan K-pop popular masa kini, BTS, dan sanggup menjamah daging khinzir hanya kerana band kegemarannya pun memakan hidangan itu penulis rasakan keterlaluan.
"Dia pernah cakap dia nak try makan b*b* sebab BTS makan? Mana iman kau dik. Aku pun buat dosa juga tapi beragaklah," itu antara kenyataan yang viral dan menjadi buah mulut ramai awal minggu ini.
Menerusi kenyataan yang tular daripada individu tidak beridentiti di Internet itu, jelas sekali percakapan dan niat melambangkan betapa rapuhnya akidah hingga sanggup membelakangi agama.
Itu pun belum lagi isu peminat wanita (bertudung) yang sanggup menggadaikan 'maruah' dibiarkan dipeluk dan dikucup artis antarabangsa lelaki ketika menghadiri konsert.
Lihatlah contoh apa yang terjadi ketika kehadiran kumpulan K-pop B1A4 ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2015 lalu.
Malah, ada juga peminat setia artis yang sanggup berkabung apabila mendapat perkhabaran mendukacitakan tentang artis kesayangan mereka.
Ketaksuban turut tercetus kini apabila ada saja peminat yang membanding-bandingkan artis tempatan dan antarabangsa hingga merendahkan martabat artis negara sendiri.
Undian, pertaruhan like dan ulang kicau antara artis tempatan dan luar negara juga antara perkara yang sering melewati timeline penulis acapkali membuka media sosial itu.
Bagaimanakah pula perasaan artis kita sendiri yang melihat diri diperbanding bezakan dengan selebriti luar negara walau ia sekadar jenaka?
Memandang skop yang lebih kecil, penulis pernah mendengar keluhan peniaga yang pernah mengadakan bengkel bersama stokis dan ejen, yang pada awalnya turut disertai artis yang dilantik sebagai duta.
Hanya minggu pertama sahaja muncul ramai-rama memenuhi ruang dewan demi bergambar dan bertemu mata dengan artis kesayangan, minggu seterusnya? Yang tinggal hanya kerusi sementelah artis yang dipuja itu tidak hadir.
Tidakkah anda fikir obsesi peminat-artis ini boleh mendatangkan impak tidak elok bagi peniaga?
Sebaliknya, jika difikir daripada sudut faedah guna artis sebagai duta produk, ia sedikit sebanyak memudahkan kerja daripada segi promosi produk.
Artis popular senang tarik peminat, barang pun mudah laku!
Jadi, pertimbangan dan kewarasan fikiran perlu didahulukan sebelum melakukan apa-apa tindakan.
Jadikan akidah dan agama sebagai landasan untuk setiap perbuatan kita sehari-hari. Tepuk dada tanya diri!
Amri Hassan adalah penulis bebas untuk artikel di atas. Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
Tuan Guru balun PM Tun Mahathir - utube
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=9Wq5sJVKtSA
wow hebat Pas
Ini, fitnah kepada PAS pun bermula..
ReplyDeleteLihat February 17, 2019 at 4:19 PM .
Bahang pru15 dah makin terasa. Penyatuan Ummah harus lebih difokuskan. Jangan lupa mendaftar mengundi kepada yang belum. Itu shj. Yang lain2 tolak tepi dulu.
ReplyDeleteCina mengambil langkah undi berdasarkan kaum sebelum ni, kita tengok jer...
ReplyDeleteSekarang giliran Melayu pulak undi berdasarkan kaum, mari sama2 tengok.
Dekat dah...dekat dah...yang pasti kuasa 2/3 bakal beri banyak perubahan dengan syarat tiada parti kompinen kaum lain.
Kalau tidak sama je la masa BN ada kuasa 2/3 dulu, MCA banyak kacau. Sekolah jenis kebangsaan dah lama hapus dah dulu kalau tak si MCA yang dok sibuk halang BN. Sekolah jenis kebangsaan menghasilkan produk rasis berbanding sekolah kebangsaan campuran.
Terdesak dengan kemungkinan kekalahan calon PPBM/ PH, Dr. Mahathir memanupulasi pertemuan dengan Presiden PAS, TG Haji Hadi untuk melancarkan perang saraf dengan tujuan memecahbelahkan kerjasama antara UMNO/ BN dan PAS yang berjaya menumbangkan calon DAP/ PH di Cameron Highland...
ReplyDeleteKenyataan Tun Mahathir yang PAS tidak sokong calon UMNO di Semenyih adalah rekayasa terbaru Dr. Mahathir...
ReplyDeleteYang pertama :
Kalau pun benar, siapa Dr. Mahathir yang nak buat pengumuman begitu?
Keduanya :
Kenapa Dr. Mahathir terlalu fokus pada PAS di Semenyih?
PAS tak bertanding pun di situ...
Jawabnya, Dr. Mahathir dah hilang keyakinan terhadap rakan2 dalam PH sendiri dan dari sumber risikan, PKR & DAP tak akan mengundi calon PPBM di Semenyih...
Itulah kebimbangan Dr. Mahathir terhadap situasi di Semenyih yang bakal memalukan PPBM...
PAS & UMNO jangan terperangkap isu ini...
Percayalah, kerjasama PAS & UMNO untuk PRK Semenyih sangat2 membimbangkan PPBM...
ReplyDeleteDi tambah lagi calon PPBM akan di sabotaj secara dalaman oleh rakan2 dlm PKR dan DAP...
Macam yang Rafizi pernah cakap dulu, Dr. Mahathir nie, rekod dia, lidah bercabang!!!
ReplyDeletePada penyokong2 PAS, hayatilah amanat dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi bin Awang, PENYATUAN UMAT ISLAM LEBIH PENTING DARI POLITIK PUAK PH...
ReplyDeletePas & Umno harus fokus. Bukan senang 2 parti ni nak bersatu. Jadi jagalah sebaiknya.
ReplyDeletePenyatuan ummah alhamdulillah syukran2...
ReplyDeleteAmat jelas ada 2 pertembungan Melayu di semenyih. Melayu liberal dan Melayu Islam sejati. Jadi kepada Melayu di semenyih, selamat mengundi. Pilihlah tempat dimana wujudnya Penyatuan Ummah
ReplyDeletePolitik kebencian kepada Islam dan Melayu telah di semai oleh dapigs. Ianya berjaya apabila 95% cina memilih dapigs tanpa mengira latar belakang siapa yang bertanding.
ReplyDeleteSekarang giliran kita pula. Tapi bukan atas kebencian! Sebaliknya untuk mengajar kalau mereka boleh buat, kita juga boleh buat melalui PENYATUAN UMMAH