MASALAH Kelemumur menyerang tidak kira usia hingga ada pelbagai pihak memperkenalkan pelbagai cara untuk menanganinya.
Bahan seperti jus limau nipis dan urutan lemon misalnya sering diperkatakan antara yang berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur.
Bagaimanapun, tergamakkah anda jika disarankan supaya menggunakan air kencing untuk mencuci rambut bagi menghilangkan kelemumur?
Miriam Lancewood, bekas guru yang kini menjadi pengembara mengakui menggunakan air kencing untuk mengatasi masalah kelemumur yang sekian lama dialaminya.
Pernah bertugas sebagai guru sukan, Miriam yang sebelum ini selesa menetap di bandar pada 2010 telah memutuskan untuk meninggalkan gaya hidup itu untuk bersama suaminya, Peter di kawasan alam semulajadi di New Zealand.
Bercakap kepada Mamamia’s No Filter podcast, Miriam mendedahkan telah menggunakan kaedah itu selama sembilan tahun lalu. Segalanya bermula apabila dia berdepan masalah kelemumur yang teruk pada musim sejuk pada tahun pertama menetap bersama bersama suaminya.
Ketika itu, Peter teringatkan petua amalan komuniti eskimo yang menggunakan air kencing untuk menangani masalah itu. Wanita berusia 34 tahun dan berasal dari Wehl di Belanda kemudiannya mula mengamalkan petua itu.
Miriam akan menuang air kencing yang dikumpul pada waktu pagi pada rambutnya dan menunggu sehingga dapat bau urinnya sebelum mencuci rambutnya menggunakan sabun.
“Ia memang berkesan,” tambahnya.
Penggunaan air kencing adalah antara kaedah pelik yang digunakan untuk meneruskan kehidupan selesa di kawasan hutan. Malahan, pasangan ini juga menggunakan arang dan abu untuk memberus gigi. – India Today
Dikeluarkan oleh:
E-Persatuan Pengusaha Barbershop (E-PPB)
Bermatlamat:
Lahirkan Usahawan Gunting Rambut.
Beri Kursus, Bimbingan dan Kerja.
No comments:
Post a Comment