BINTANG K-pop, Jung Joon Young diserbu media ketika tiba di Agensi Polis Metropolitan Seoul di Seoul, Korea Selatan untuk disoal siasat berhubung skandal seks. -AFP
HALAMAN HIBURAN
SEOUL 14 Mac - Dua lagi artis K-pop mengumumkan pengunduran mereka selepas mengaku menonton video rakaman seks yang dihantar rakan artisnya, semalam.
Anggota kumpulan Highlight, Yong Jun Hyung, 29 yang sebelum ini dikenali sebagai Beast, berundur selepas dia mengaku menonton video seks membabitkan penyanyi, Jung Joon Young yang dirakam secara rahsia.
Beberapa jam kemudian, anggota kumpulan FT Island, Choi Jong Hoon, 29, pula membuat pengumuman sama dan akan disoal siasat polis kerana disyaki terbabit dalam skandal seks itu.
Kelmarin, Joon Young disoal siasat polis selepas mengaku dia berkongsi rakaman itu dengan lelaki lain termasuk Seungri yang turut terpalit dengan siasatan skandal seks. -AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak ada apa-apa panduan dan pengajaran boleh diambil dari peribadi artis global masakini pada remaja kita di Malaysia. Apalagi yang berkaitan dengan panduan dan cara hidup beragama. Na'auzubillahi minzalik!
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
No comments:
Post a Comment