Sunday, March 17, 2019

Ada Kaitan K'sama Umno-PAS Dengan Serangan Masjid? Tak Cerdik! Sungguh!


Kerjasama Umno-PAS tiada kaitan serangan masjid, kata Ismail. 
KL, 16 Mac — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengkritik tindakan seorang wakil rakyat DAP yang mengaitkan kerjasama Umno-PAS dengan kejadian serangan di New Zealand. 

Naib presiden Umno berkata Chew Chong Sin tidak sepatutnya “melihat dari sudut yang salah” apabila menyamakan insiden berkenaan dengan perkembangan politik dalam negara.

“Apa kaitannya? Mangsa yang terbunuh adalah dari kalangan Islam. Pelaku atau penembak pula dari bukan Islam. Kenapa dikaitkan dengan keganasan Islam?
“Jadi, apa kena mengena dengan mengaitkan kerjasama Umno-PAS?” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Chew, wakil Mengkibol, semalam mendakwa pembunuhan di Christchurch harus menjadi pengajaran buat rakyat Malaysia betapa perlunya mengekang gejala ekstremisme.
Menurutnya, sebab itu, kesepakatan Umno-PAS tidak memberi manfaat kerana boleh diambil kesempatan oleh pengganas asing.

“Disamping mengutuk sekerasnya serangan rambang di Christchurch di New Zealand, saya juga mengutuk kenyataan jahat dan tidak bertanggungjawab wakil DAP Mengkibol yang jelas sekali merupakan usaha provokasi terbuka terhadap orang bukan Melayu untuk menakutkan mereka terhadap penyatuan Umno-PAS,” kata Ismail.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenapa emosional sangat wakil rakyat DAP hingga jadi tak cerdik begitu?

5 comments:

  1. Ya memang tak cerdik @ DUNGU!. Aku sangat sokong Sabri nih w/pom aku PH. Sebenarnya manusia DUNGU ada dalam semua parti politik dan di merata tempat!

    Moga ALLAH binasakan kafir2 itu semuanya! Amin..........

    ReplyDelete
  2. Cuba bagi link. Video atau full text . Dh puas saya cari tak jumpa

    ReplyDelete
  3. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah,
    dan janganlah kamu bercerai berai

    Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh.
    Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.

    ayaoh umat islam dalam negara bersatulah kerana ugama Islam
    bukan kerana ynag lain

    jangan hiraukan puak kpair munapik
    ikut seruan Allah n Rosul bukan ikut seruan Iblis n puak kapir

    ReplyDelete
  4. zmn tgna mnyantuni bkn islam... perkara begini tk timbul. zmn hj hadi byk tersebar kebencian dn label2.. jgn marah klu selain pas merasakn begitu.

    bila agaknya kita nk tunjuk indahnya islam itu. org tk fhm islam tugas kita terangkn bkn perangi.

    nmpknya lambat lg lah islam nk menang dinegara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2.17

      Nak tunjuk indah bukannya dengan menghalalkan harbi buat sesuka kurang ajar pada Islam. Biar kena pada tempat.

      Zaman Tgna dulu dap tak campurtangan hal ehwal Islam. Siap setuju dengan hudud. Sekarang situasi dap lain bila taring harbinya dah keluar. Sampai dap sendiri mintak iktiraf syiah dah apekejadahnya

      Delete