Tuesday, March 19, 2019

Ada Tak Kena? Anwar Melatah Undi Tek Percaya PM.. N/Amar




KOTA BHARU: Tindakan Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim melatah dakwaan isu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Tindakan itu kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah boleh diibaratkan seperti perumpamaan ‘kalau tidak ada.. masakan burung tempua bersarang rendah’.
“Sekiranya perkara itu tidak wujud, kenapa perlu presiden PKR melenting.
"Kita hanya mengatakan ada ura-ura undi tidak percaya terhadap perdana menteri. Kalau tak jadi, tak apalah. Tetapi kenapa dia yang melatah.
"Saya pun hairan orang lain tak respon tetapi Anwar beriya-iya dalam isu undi tak percaya. Jadi saya pun tertanya-tanya juga kenapa dia yang lebih-lebih," katanya ketika ditemui media selepas perasmian persidangan Dun Kelantan Penggal Kedua Kali Ke-14 di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Baru-baru ini PAS membayangkan kemugkinan ada undi tidak percaya terhadap perdana menteri berikutan isu dalaman yang melanda Pakatan Harapan (PH) sekarang.
Parti kompenan PH membantah tindakan Bersatu yang dipengerusi Dr Mahathir menerima kemasukan ahli parlimen bekas Umno. -HARAKAHDAILY 18/3/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails