Bukit Malut hampir 'ditenggelami' sampah, apabila sisa buangan itu langsung tidak diuruskan dengan baik. - Astro AWANI/Salim Aziz
Bukit Malut hampir ditenggelami lautan sampah
LANGKAWI: Bukit Malut di Langkawi, Kedah, sekali lagi berdepan episod baharu yang juga berkait dengan kebersihan iaitu sampah.
Ibarat tiada 'kunjungan' penguatkuasa ke sana, Bukit Malut yang terletak kira-kira 8 kilometer dari Pekan Kuah, hampir 'ditenggelami' sampah, apabila sisa buangan itu langsung tidak diuruskan dengan baik.
Bahkan menurut penduduk, tong sampah yang dibekalkan 'hanya sekadar ada'.
Tinjauan Astro AWANI pada Isnin jelas kelihatan sampah berselerakan serta tidak dikutip.
Sampah sarap dari sisa buangan bahan domestik juga sudah tidak terlindung dan jelasnya makin ketara.
Hanya ada dua tong sampah di hujung jalan besar, yang jika dihitung saiz tong sampah itu, tidak cukup untuk menampung jumlah penduduk yang sedia ada.
Menurut Ketua Kampung Kampung Datuk Haji Hassan Bulat, Ishak Hassan, isu sampah di Bukit Malut ini bukan sesuatu yang baharu.
"Saya minta tolonglah kepada pihak berwajib supaya ambil tindakan yang sewajarnya.
"Kami minta sediakan satu tong sampah bagi setiap 100 rumah di sini," ujarnya.
Penduduk juga meminta pihak berkaitan terutamanya Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) mengambil tindakan segara untuk selesaikan masalah mereka.
"Sebenarnya saya ingin maklumkan di sini bahawa kawasan penempatan Bukit Malut adalah berada di luar daripada kawasan perkhidmatan MPLBP.
"Walaubagaimanapun syarikat konsesi yang telah dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di bawah seliaan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal telah pun menyediakan dan mengadakan dua tempat tong berpusat bagi kawasan tersebut," jelasnya.
Pihaknya turut meminta kerjasama dari semua pihak di kawasan terbabit untuk sama-sama membuang sampah di tempat yang telah ditetapkan.
Abdul Bari juga berjanji akan mendapatkan maklum balas daripada pihak syarikat konsesi yang dilantik berhubung isu berkenaan. (AA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Langkawi Bandaraya Pelancongan. Patut jadi macam gambar di atas kerana cuma ada 2 tong sampah? Oh PH, barangkali sampah zaman pentadbiran BN dulu kuut!
BUkit Malut ni dah berapa banyak kali rumah-rumahnya terbakar. Sekali terbakar, pennghuninya dialihkan ke darat, buat rumah baru lagi, terbakar lagi, alih ke darat lagi, terbakar lagi, alih lagi. Kemudian dialih pula ke Pekan, Pahang pula, maka lahirnya perkampungan orang Rohingya kat Pekan. Poning den. Harap kerajaan boleh pantau.
ReplyDeletesemuga semua sampah BN akan ke laut mcm foto tu.
ReplyDeletepemerintahan PH byk buang masa sapu sampah peninggalan bn.
dgn tak malunya penyokong pembangkang memekak nk manifesto
nak free semua. sendiri yg buat sampah sendiri nk mendesak
manifesto. betul2 sakailah mereka.
355 dh cancel ckp byk pulak
Geng2 ph bahlol aka moron, why cant u just smack ur heads against the wall or perhaps i just write in bahasa in order for u guys to understand the whole scenario...
ReplyDeleteGeng ph mmg boddo aka bengap...60 tahun kerosakan bn adalah bersamaan dgn 10 bulan kerosakan pemerintahan kjaan ph....itu pun 22 tahun bwh pemerintahan atuk melalut
Boddo