Bekas Ratu cantik yang hina Presiden Turki..
ISTANBUL - Bekas Ratu Cantik Turki dihadapkan ke mahkamah di Caglayan, barat Istanbul gara-gara tindakannya memuat naik sajak satira yang mengkritik Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di sebuah laman sosial.
Portal, Mail Online semalam memetik kenyataan pegawai kerajaan yang mengesahkan penahanan Merve Buyuksarac, 26, oleh pendakwa raya ekoran sajaknya yang bertajuk ‘The Master’s Poem’ itu yang didakwa menghina ketua negara ini menerusi lirik yang diadaptasi daripada lagu kebangsaan Turki.
Menurut Buyuksarac, sajak yang dipaparkan dalam laman sosial itu diambil daripada petikan sajak dalam majalah mingguan, Uykusuz.
Namun, dia berkata, dia membuang sajak itu tidak lama kemudian selepas seorang rakannya memberi amaran sajak tersebut boleh menyebabkan dia dikenakan tindakan undang-undang.
“Saya kongsikan sajak itu kerana bagi saya sajak itu kelakar. Saya tidak berniat untuk menghina presiden,” katanya.
Pendakwa raya, Vedat Yigit mendesak supaya Buyuksarac dikenakan ‘kawalan perundangan’ sebelum perbicaraan seterusnya, yang mewajibkan suspek pergi ke balai polis untuk melapor diri secara berkala.
Hakim bagaimanapun membebaskan Buyuksarac tanpa syarat dan perbicaraan kes ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan.
Bulan lalu, seorang pelajar sekolah tinggi yang dipenjara atas dakwaan menghina Erdogan dibebaskan Jumaat lalu selepas penahanannya mencetuskan kemarahan orang ramai.
Selain itu, Turki turut menghalang akses laman web portal berita yang menyiarkan semula muka hadapan akhbar mingguan, Charlie Hebdo yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Turki turut menghalang akses laman web portal berita yang menyiarkan semula muka hadapan akhbar mingguan, Charlie Hebdo yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW.'
Hal ini sebenarnya mengapa media-media antarabangsa terutamanya yang anti Islam sentiasa memburuk-burukkan Turki dan Tayyip Erdogan. ...Kerana Erdogen mempertahankan Islam dari ekploitasi berita-berita khianat yang ditimbulkan.
No comments:
Post a Comment