Monday, March 11, 2019

Buang Bayi Di Mangkuk Tandas Hospital Selayang.. Masalahnya?


BAYI yang ditemukan dibuang dalam mangkuk tandas Hospital Selayang, Selangor kini dirawat di hospital sama.- Gambar media sosial.

KUALA LUMPUR 10 Mac - Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai cuba membuang bayi lelakinya di dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang, dekat sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, perbuatan itu disedari seorang pekerja kilang berusia 39 tahun ketika dia berada dalam tandas berkenaan kira-kira pukul 3 petang. 

“Pekerja kilang itu kemudian meminta pertolongan daripada pengawal keselamatan yang berada di luar tandas berkenaan.
“Bayi berkenaan kini dirawat di zon merah Hospital Selayang dan keadaannya stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Samsor, suspek ditahan selepas dibawa oleh pengawal keselamatan ke zon merah hospital tersebut namun masih enggan memberi kerjasama ketika diambil keterangan.
Tambahnya, siasatan lanjut mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi.- UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, mari kita lihat persoalannya?

1. Mengapa diwarwarkan isu buang bayi saja, sedangkan isu najis zina tidak? Institusi pelacuran masih hidup segar bugar. Isu pembunuhan manusia dan bibitnya tidak diselesaikan dengan cara Islam. Isu perundangan Islam masih diketepikan. Dan lain-lain.

2. Pemibuangan bayi hasil dari..
  • Pemerintah yang tidak melaksanakan undang-undang Islam
  • Penzinaan tidak diselesaikan dengan cara Islam
  • Pusat pelacuran yang diharamkan berkembang pesat
3. Kesimpulan: 

  • Tujuan syariat menjaga 5 perkara, iaitu agama, jiwa (maruah atau nyawa), harta, akal dan keturunan.  (Rujuk) Dr Jamaluddin Atiah,Nahwa Taf’il Maqasid asy Syariah, cet. pertama 1422, Darul Fikr, fasal 1, bah. 2, ms 28 - 48 )
  • Penzinaan akan merosakkan agama, jiwa dan keturunan, sedangkan Islam menjaga perkara-perkara tersebut dengan mengharamkan penzinaan dan menghalalkan perkahwinan.
  • Pembunuhan akan merosakkan jiwa, harta dan keturunan. Sedangkan Islam menjaga kesemuanya dengan mengharamkan pembunuhan, melainkan berperang untuk menegakkan kebenaran.
  • Buang anak yang merosakkan jiwa, keturunan, agama, sedangkan Islam menjaga perkara tersebut dengan mengharamkan buang anak.
  • Tiada sebarang alasan untuk membolehkan buang anak. Walaupun ada yang beralasan dengan alasan-alasan berikut :
  • Tiada duit untuk sara hidup, maka terpaksa membuang anak kerana keperluan peribadi. Dan menjaga maruah keluarga, sekiranya anak tersebut diketahui orang.
  • Menjaga maruah keluarga bukanlah dengan berzina kemudian membuang anak. Tetapi menjaga maruah ialah dengan menghindarkan diri dari lembah penzinaan. 
Begitu kira-kira..

2 comments:

I said...

Macam mana nk jalankan undang2 Islam sedangka kerajaannya sekular. Pemimpin Islam pun tak berapa nak jalani kehidupan Islam...

Khairul said...

Ramai yang islam sekadar pada nama...
Yang nak anak tak dapat dapat anak.. Ini dibuang2 pula.. Adus.. Manalah letak perikemanusiaan tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails