Friday, March 08, 2019
'Bumi hangus' Strategi DAP Dituduh Kepada UMNO-Pas, MCA-MIC Pula?
Pakar Strategi DAP..
Liew Chin Tong Tidak Sengaja Dedah Strategi Dasar Bumi Hangus D4P?
MENARIK membaca artikel yang ditulis oleh pakar strategi DAP Liew Chin Tong bertajuk ‘Dasar bumi hangus gabungan UMNO-Pas, MCA-MIC’.
Tulisan Chin Tong yang kini Timbalan Menteri di Kementerian Pertahanan iaitu kementerian penting di negara ini itu boleh dibaca dalam portal berita FMT dipautan
https://www.freemalaysiatoday.com/…/dasar-bumi-hangus-gabu…/
Dalam artikel itu, Chin Tong berkata, UMNO dan Pas telah menyerang Pakatan Harapan (PH) dari sayap Melayu, manakala MCA dan MIC menyerang dari sayap bukan Melayu.
“Serangan dalam konteks etnik ini membuktikan ‘dasar bumi hangus’ sedang giat digunakan. Bumi hangus ialah dasar merujuk kepada strategi menghapuskan semuanya untuk menang dalam apa jua keadaan.
“Perbuatan kejam seperti ini sudah tentu akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung berat keperitan tersebut.
“Sasaran mereka adalah untuk memastikan Malaysia sukar ditadbir oleh Pakatan Harapan kerana kerajaan yang dipilih oleh rakyat terpaksa berhadapan dengan serangan kemarahan etnik daripada kedua-dua pihak, iaitu orang Melayu dan bukan-Melayu.
“Permintaan serangan sayap ini adalah untuk membuatkan orang Melayu dan bukan-Melayu berasa lemah dan serba kekurangan. Semuanya akan dibentangkan sebagai permasalahan etnik binary.
“Selain itu, serangan ini bertujuan untuk memecahkan gabungan pelbagai etnik PH dari dalam kerana sukar bagi golongan politik beraliran sederhana untuk bertahan akibat tuntutan yang bercanggah daripada kedua-dua pihak,” kata Chin Tong dalam artikel tersebut.
Inilah pertama kali rakyat Malaysia didedahkan tentang dasar ‘bumi hangus’. Satu dasar atau teknik yang amat asing dalam pemahaman rakyat biasa. Satu dasar yang tidak dapat difikirkan oleh sesiapa pun kecuali oleh pakar strategi propaganda politik.
Bila difikir-fikirkan semula bagaimana strategi yang dilakukan Pakatan Rakyat iaitu gabungan DAP-PKR -Pas dan selepas itu Pakatan Harapan gabungan DAP-PKR-Amanah-Bersatu untuk mempengaruhi rakyat membenci BN, menunjukkan seolah-olah dasar bumi hangus ini telahpun bermula jauh sebelum perkahwinan UMNO-Pas dan MIC-MCA hari ini.
Adakah dasar bumi hangus yang disebutkan Chin Tong ini telah dilaksanakan sejak PRU-12 dengan DAP menumpukan serangan terhadap bukan Melayu iaitu Cina dan India dan PKR-Pas pula menumpukan sasaran terhadap masyarakat Melayu dengan menyebarkan propaganda membenci kepimpinan BN.
Serangan demi serangan dilakukan dengan memberi DAP memberi fokus kepada pengundi bukan Melayu dan PKR-Pas memberi fokus kepada Melayu, hingga pada PRU-13 kita dapat menyaksikan bagaimana hampir 90 peratus masyarakat Cina mengundi secara blok, untuk memenangkan DAP, sekaligus menyaksikan kekalahan parti MCA dan Gerakan di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina.
Pada pilihan raya itu PKR-Pas gagal mempengaruhi orang Melayu secara besar-besaran untuk menyebelahi Pakatan Rakyat.
Namun pada PRU-14 DAP-PKR memperoleh sinergi baharu dengan penyertaan Amanah dan Bersatu yang membentuk Pakatan Harapan.
Adalah jelas dapat daripada video yang bertebaran di media sosial sebelum PRU-14 ahli propaganda DAP seperti Superman Hew Kuan Yau dan beberapa lagi pemimpin mereka memberi focus ceramah dalam bahasa Cina kepada pengundi Cina.
Sementara pemimpin-pemimpin bangsa Melayu dalam PKR-Amanah-Bersatu menumpukan pengaruh terhadap orang Melayu-Islam.
Startegi yang menyerupai dasar bumi hangus yang dikatakan Chin Tong ini mengakibatkan BN kalah buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Lebih memedihkan parti komponen yang majoriti ahlinya masyarakat Cina iaitu MCA dan Gerakan tewas teruk ditangan DAP! Kerusi mereka habis disapu DAP di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina!
Jika difikir-fikir dan dikenang semula strategi yang dilakukan DAP-PKR-Amanah-Bersatu dalam serangan mereka terhadap BN sama seperti teori yang dilemparkan oleh Liew Ching Tong dalam tulisannya di FMT itu.
ADAKAH LIEW CHIN TONG SECARA TIDAK SENGAJA MENDEDAHKAN STRATEGI ‘DASAR BUMI HANGUS’ TELAH DIGUNAKAN DAP UNTUK MENEWASKAN BN? Hanya Chin Tong yang merupakan pakar strategi DAP boleh menjawabnya…
SAMAD HUSSEIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Yang penting kaum mana yang mulakan dulu undi dengan hanya berdasarkan komponen kaum? Kalau kaum tu yang start dulu maka tuduhan hangus tu perlu di refer pada kaum dan parti berkenaan. Kaum mana yang 98% sokong pada satu komponen sahaja, dimana kalau even calonnya ialah sebuah kotak rokok pun kotak rokok tu yg diundi?
Bila partinya dapat sokongan bulat drpd satu kaum tertentu dia senyum sampai telinga. Tapi bila parti lawannya buat perkara yang sama tiba2 bumi jadi hangus, hangat, hancing dll.
Saya refer ni pada negara Inderapuri. Malaysia tak berlaku. Malaysia ok
Al-hamdulillah. Saya setuju pandangan tuan. Boleh berkira..
Post a Comment