Kata Anont, telefonnya tidak berhenti berdering sejak berita berkenaan mula tersebar di seluruh dunia. - Astro AWANI
Terima 10,000 permohonan, tauke durian tak jadi cari calon menantu
DUA hari selepas menawarkan pulangan lumayan dalam mencari bakal menantu, seorang tauke durian di Thailand, Anont Rotthong, kemudiannya membuat keputusan membatalkan tawaran itu.
Beliau yang menjalankan perniagaan di dua buah pasar di wilayah Chumphon di selatan Thai, pada hujung minggu lalu menawarkan hadiah bernilai 10 juta bhat merangkumi wang tunai, kereta dan kebun durian kepada lelaki yang berjaya menambat hati anaknya.
Syarat penting yang mesti dipenuhi, seperti dinyatakan dalam posting di akaun Facebook miliknya, lelaki yang bakal jadi menantunya mesti tahu cara membeli dan juga memilih durian.
Untuk membuktikannya, calon menantu harus mengambil bahagian dalam satu 'pertandingan' selama tiga bulan yang akan diadakan di salah satu kebun duriannya.
Akan tetapi, pada Selasa malam, usahawan durian berkenaan mengumumkan menerusi satu lagi posting di Facebook, mengatakan dia tidak lagi akan melayan sebarang permohonan.
Malah, menurut Anont, 58 tahun, telefonnya tidak berhenti berdering sejak berita berkenaan mula tersebar di seluruh dunia.
"Kepada lelaki yang berminat, berhenti telefon saya! Saya letih dengan panggilan telefon yang tidak henti-henti.
"Beri saya ruang untuk berehat," tulisnya lagi, sambil menambah, pertandingan yang dirancang diadakannya itu juga turut dibatalkan.
Lihat sebelum ini..
Ni contoh seorang bapa yang bangang lagi tolol. Dah tentulah jadi begini. Otak tarak ka?
ReplyDelete