Thursday, March 07, 2019

Demi Agama Pas Maafkan UMNO -Mursyidul Am

Pas maafkan UMNO demi agama - Mursyidul Am
Pas memaafkan UMNO berhubung segala keterlanjuran parti itu yang terdahulu, demi agama Islam dan kesatuan ummah, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

KANGAR: Pas memaafkan UMNO berhubung segala keterlanjuran parti itu yang terdahulu, demi agama Islam dan kesatuan ummah, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

Menurutnya, rakyat juga seharusnya mengambil iktibar atas apa yang berlaku terhadap Rasulullah SAW, ketika Baginda memimpin orang Islam demi kepentingan akidah dan syariat.

Begitu pun Pas dan UMNO berbeza ideologi politik, namun demi agama dan hak orang Melayu dalam negara, katanya kerjasama dan memaafkan itu dilihat perlu.


“Dahulu memang UMNO ini teruk, saya sendiri pernah ditukarkan 24 jam waktu saya kerja dahulu atas arahan Menteri Besar.

"Puncanya kerana saya pergi mengajar di markas Pas. Tapi, pesan Nabi Muhamad "Maafkanlah orang yang menzalimi kamu",” katanya.

Pada Selasa, Mesyuarat Jawatankuasa Induk UMNO dan Pas memutuskan kedua-dua parti tidak akan bersatu sebagai sebuah parti.

Sebaliknya, kedua-dua parti hanya bersetuju untuk bekerjasama sebagai pembangkang yang akan antara lain agendanya adalah menumpukan kerjasama bagi menghadapi pilihan raya kecil yang akan datang.

Mengulas lanjut, Hashim berkata kerjasama Pas bersama parti yang dianggap musuh bukanlah sesuatu yang baru malah ia pernah dilakukan dahulu bersama DAP.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails