Wednesday, March 13, 2019

Fitnah PH Tersungkur Di Parlimen.




BENARLAH kata pepatah, 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga'.
Sekian lamanya Pakatan Harapan hanya pandai menabur fitnah dan persepsi, namun apabila diminta untuk mengemukakan bukti dan saksi, mereka pasti kecundang dan tersungkur menyembah bumi.
syahir2
Terdahulu Ahli Parlimen Damansara, YB Tony Pua (PH-DAP) dengan penuh bangga mendedahkan perincian transaksi dana 1MDB yang masuk ke dalam akaun pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, lengkap dengan angka dan nama penerimanya.

Setelah menekuni pembentangan tersebut, maka bangunlah Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Fadhli Shaari (PAS) bertanyakan soalan asas yang sangat mudah, “Adakah Damansara bersetuju bahawa PAS tidak pernah menerima dana 1MDB?”
Secara spontan YB Tony Pua menjawab, “Saya tidak ada maklumat”.
Maka tersungkurlah fitnah yang dicanang oleh Pakatan Harapan selama ini, kononnya ada pemimpin PAS telah menerima suapan ‘dedak’ berjumlah RM90 juta daripada dana 1MDB, dan tuduhan itu kekal sebagai fitnah yang tidak berasas, walaupun setelah Pakatan Harapan bergelar Kerajaan pada hari ini.
Terbaharu Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir (PH-PKR) menyatakan di dalam ucapannya bahawa terdapat laporan berita yang menyebut, ada pemimpin PAS yang telah dibekukan akaunnya dan disita rumah serta keretanya.
Mendengar kenyataan yang tidak berasas tersebut, bangunlah sekalian Ahli Parlimen PAS bertanyakan soalan asas yang sangat mudah, siapakah pemimpin PAS yang dimaksudkan dan di manakah buktinya.
Setelah diasak oleh Ahli-Ahli Parlimen PAS untuk dikemukakan bukti, beliau tetap berdegil sehingga memaksa Speaker untuk membuat arahan agar kenyataan tersebut ditarik balik.
Akhirnya YB Akmal terpaksa akur dan berkata, “Saya tarik balik kenyataan itu”.
Maka tersungkurlah sekali lagi tuduhan yang dicanang oleh Pakatan Harapan selama ini, dan berita itu kekal sebagai fitnah yang tiada bukti dan tiada saksi.
Namun apa yang lebih mendukacitakan, ruang perbahasan yang diberikan kepada Ahli Parlimen PKR itu tidak dimanfaatkan sebaiknya, malah dilihat tersasar dan tidak mendukung aspirasi murni yang terkandung di dalam Titah Yang di-Pertuan Agong.
Tempoh dua jam yang diperuntukkan kepada Ahli Parlimen Johor Bahru itu menyaksikan tiada idea baru dan tiada gagasan baru, jauh sekali untuk menyelesaikan permasalahan rakyat dan anak muda, apatah lagi untuk melaksanakan segala janji pilihan raya.
Jika inilah kualiti perbahasan Ketua AMK PKR di Parlimen, kami anak muda di luar hanya mampu tersenyum dan menggeleng kepala.
SYAHIR SULAIMAN

Pengarah Strategi Pemuda PAS
13 Mac 2019 – HARAKAHDAILY 13/3/2019

No comments:

Post a Comment