LEBIH 3,000 umat Islam berkumpul secara aman membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di Dataran UTC, Melaka, malam semalam.
MELAKA 3 Mac - Lebih 3,000 umat Islam turun beramai-ramai pada perhimpunan aman membantah penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW di Dataran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Jalan Tan Chay Yan di sini, malam tadi.
Perhimpunan Ummah Melaka Bantah Penghinaan Nabi Muhammad anjuran Pembela Ummah Melaka itu turut menggabungkan UMNO dan Pas Melaka serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk orang ramai.
Terdahulu, mereka berkumpul di Masjid Kampung Hulu untuk menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah sebelum berarak menuju ke Dataran UTC.
Pengerusi Pembela Ummah Melaka yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, kehadiran ribuan umat Islam menyokong perhimpunan itu merupakan isyarat jelas rasa ketidakpuasan hati umat Islam di seluruh negara.
Menurutnya, orang ramai tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas dalam menangani isu beberapa individu bersikap memperlekehkan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.
“Individu yang melakukan perkara ini jelas melanggar syarat Islam sebagai agama Persekutuan. Ketua Hakim Negara serta Peguam Negara patut bertindak pantas terhadap pihak yang menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW tetapi ia tidak berlaku.
“Kita bimbang jika perkara ini tidak ditangani dengan betul, lebih ramai lagi individu akan melakukan perkara sama sekali gus mencabar kesabaran orang Islam yang selama ini sangat bertoleransi dengan agama-agama lain.
“Perhimpunan ini syarat jelas umat Islam bangkit membantah pihak yang memperkecilkan agama Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Yang hadir sama, Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamaruddin Sidek.
Sementara itu, Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, perkara seperti penghinaan terhadap agama dan Nabi Muhammad ini tidak berlaku pada pemerintahan kerajaan terdahulu, malah kerajaan berusaha mengekalkan perpaduan rakyat berbilang agama di negara ini.
“Selama 61 tahun kerajaan sebelum ini berupaya memelihara kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan selain terus mempertahankan Akta Hasutan.
“Kami kesal, apa yang dilakukan kerajaan sekarang sehingga dengan senangnya membebaskan individu yang menghina Rasulullah. Lepas ada banyak perhimpunan seperti ini barulah mereka menahannya semula untuk didakwa di mahkamah,” ujarnya. (Utusan)
Umat Islam tulen sanggup berjuang membela Allah dan RasulNya kerana mereka sangat cintakan Allah dan Rasulullah S.A.W. melebihi segala-galanya.
ReplyDeletePuak munafik liberal laknatullah pula berpura-pura beragama Islam tetapi hati mereka membenci Islam dan umat Islam. Maka kita tidak terkejut melihat mereka menjadi khadam kafir harbi seperti abang besar kafir harbi biaDAP untuk menentang Islam dan menafikan hak umat Islam dan memecah-belahkan umat Islam supaya umat Islam menjadi lemah.
Barua dedak roket 8:53 AM jahil murakkab.
ReplyDelete