Wednesday, March 13, 2019

H/Wanita Himpunan LGBT Naungan PH Di M'sia.

Imej yang berkaitan

Perhimpunan LGBT Pada Hari Wanita Mendedahkan Kemunafikan Pemimpin PH 


Perhimpunan LGBT yang di hadiri lebih 1,000 orang yang mengamalkan cara hidup dan budaya songsang mendapat kecaman dari pelbagai pihak...
Ketua Wanita Umno, Dato' Noraini Ahmad menggesa kerajaan agar tidak tunduk dengan apa sahaja desakan kumpulan LGBT...

Beliau berkata golongan itu mempunyai hak seperti rakyat yang lain, tetapi hak kerajaan ialah menghalang mereka melakukan aktiviti tidak bermoral...

"Sekiranya LGBT di iktiraf dan bebas melakukan apa sahaja aktiviti mereka, maka mereka akan merasakan mereka benar dan di lindungi undang2," katanya...

Akibatnya, akan lahir pula generasi baru dalam kalangan mereka...

Noraini berkata tindakan penyokong LGBT membawa bendera pelangi, yang menjadi lambang golongan tersebut, dan sepanduk berkaitan di khuatiri akan menjadi punca kerosakan institusi sosial yang lebih besar...

Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman pula berkata tindakan mempromosi dan mempertahankan hak LGBT ini di lihat sebagai mencabar perintah Allah SWT...

Kejadian ini di sifatkan sungguh memalukan serta merendahkan martabat wanita di Malaysia dan mencemarkan imej sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang di sambut di seluruh dunia kelmarin (semalam)...

Laungan 'Hidup Wanita, Hidup LGBT' dan 'Hentikan Stereotaip dan Prejudis' serta perjuangan kesaksamaan gender jelas bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia kerana ia hanya berasal dari gerakan-gerakan di Barat dan Eropah yang bercanggah dengan tatasusila serta adat ketimuran di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini...

Normala yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Malaysia berkata, tindakan kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada Sisters In Islam (SIS) juga adalah tindakan yang dianggap seolah2 mengiktiraf kewujudan budaya songsang ini di Malaysia...

Katanya, SIS adalah pertubuhan yang telah di fatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan ini jelas membuktikan perjuangan mereka bertentangan dengan aspirasi rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keharmonian dalam usaha untuk mengangkat martabat wanita...

Mufti2 di beberapa negeri juga mengeluarkan kenyataan mengecam perhimpunan LGBT tersebut...

Antaranya, Mufti Besar negeri Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Dr. Maza menyifatkan perhimpunan para 'pejuang' budaya songsang tu bukan saja menghairankan manusia, malah haiwan yang tak berakal pun hairan...

Dr. Maza juga mengecam cucu Mahathir yang mengeluarkan kenyataan menyokong perhimpunan tu sebagai orang 'cacat' yang mencacatkan fitrah manusia (BACA DI SINI)...

Mufti Besar negeri Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman pula menyatakan golongan tersebut sudah melampau serta mencabar kesabaran umat Islam (BACA DI SIN)...

Allah SWT Telah Berikan Amaran Tidak Sampai 24 Jam Perarakan LGBT Di Adakan
Tidak sampai 24 jam perarakan dari pendokong2 LGBT, malah tak sampai 12 jam, Allah SWT telah berikan amaran yang cukup keras!!!

Pada sebelah petang hari yang sama, KL dan kawasan sekitar Putrajaya telah di landa ribut dan hujan batu...
Apakah pendokong LGBT mahu Allah SWT terbalikkan bumi Malaysia baru mereka nak sedar?

Kembalilah kepada fitrah manusia yang sebenar sebelum terlambat...
Pendirian Kerajaan PH Mengenai LGBT Yang Mengikut Musim

Dalam kemarahan umat Islam dengan perhimpunan LGBT, Mahfuz Omar sempat buat lawak bodoh...
LGBT berdemo sebab kerajaan PH tegas (BACA DI SINI)...

Kalau betul kerajaan tegas, puak2 songsang nie bukan saja berdemo, malah nak menunjukkan diri pun takut...
Macam masaalah penagihan dan pengedaran dadah di Malaysia...

Sebab kerajaan Malaysia mempunyai sikap dan pendirian yang begitu tegas dalam masaalah dadah, maka kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di lakukan dalam pasaran gelap... Pernah ker Mahfuz tenguk lenagih atau pengedar dadah berdemo untuk tuntut hak kebebasan mereka menagih dan mengedar dadah?

Tak tahulah kalau kat Pokok Sena ada...

Tapi bila admin google balik isu LGBT, admin jumpa bukti2 'ketegasan' yang Mahfuz maksudkan : Dana RM30,000 Kepada Sister In Islam
Sister In Islam (SIS) ialah NGO yang paling kuat menyokong LGBT...

Orang penting SIS, Marina Mahathir, anak pada Perdana Menteri, Mahathir Mohammad, menterjemahkan sokongan padu bukan saja dengan perjuangan beliau tapi juga dengan anak beliau, Ineza Roussille (bin @ binti siapa, admin tak pasti)...

Jadi sebagai 'ketegasan' yang Mahfuz maksudkan tu, kerajaan PH berikan dana RM30,000 pada SIS (BACA DI SINI)...
Toleransi Terlampau Dan Pendirian Tak Konsisten Wakanda Mujahid

Mennteri Agama, Mujahid Yusof pernah keluarkan kenyataan bahawa tak semua 300,000 gay amalkan seks songsang...

Mujahid juga minta supaya rakyat ambil sikap yang lebih positif terhadap golongan LGBT...

Pening admin baca kenyataan Mujahid nie, Wakanda nie faham ker tak maksud GAY...

Kalau Wakanda Mujahid tak faham, nie admin sertakan link maksud GAY (BACA DI SINI)...

Tapi sekarang, Wakanda dah U-Turn... Kecam dan suruh ambil tindakan, tapi dalam Facebook jer lah (BACA DI SINI)...
Ketua ARMANJA Bersatu


Ketua ARMANJA Bersatu aka Menteri Belia Dan Sukan pernah di bidas sebab keluarkan kenyataan mempertahankan golongan pondan dalam klip video bertajuk Nasi Lemak Pondan...

Dengar tajuk video klip dah seram..

Dan bukan juga rahsia bila Ketua ARMANJA Bersatu pernah melantik penganjur Big Gay Iftar sebagai Pegawai Khas beliau...

Kesimpulannya, sikap pemimpin PH terhadap kegiatan songsang LGBT adalah sangat2 tak konsisten dan mengikut musim...

Di saat awal kemenangan PH dalam PRU 14 dan di kala sokongan rakyat masih lagi kuat pada PH, pemimpin2 PH tanpa segan silu pertahankan kegiatan songsang LGBT atas alasan hak asasi manusia...

Tapi sekarang, bila kemarahan rakyat semakin memuncak dan penolakan rakyat pada PH makin ketara seperti di PRK Cameron Highland dan PRK Semenyih, PH mengambil sikap populis atas kepentingan politik dengan kenyataan2 yang mengecam LGBT..

ntu kita masih ingat lagi, bagaimana akibat dari teguran secara profesional Dr. Nur Illiyani kepada Marina Mahathir, telah menyebabkan beliau di kenakan tindakan tatatertib (BACA DI SINI)...

Apakah ini 'ketegasan' pihak PH dalam menangani budaya songsang, seperti yang di maksudkan oleh Mahfuz!!!

Dan mungkin juga sebab PRK Rantau dah semakin hampir, jadi untuk mengelakkan PH dari alami kekalahan 'hatrick', maka kenyataan2 mengecam di keluarkan oleh pemimpin PH...

Untuk pengetahuan PH, budaya LGBT dalam tamadun manusia dah bermula beribu tahun yang lampau, iaitu sejak zaman Nabi Luth as...

Allah SWT telah keluarkan hukum yang cukup tegas dalam membenteras budaya hidup dan seks songsang nie...

Carilah dalam Al Quran dan Al Hadis, banyak ayat2 dan sabda baginda Rasulullah SAW yang bersikap tegas dengan budaya hidup dan seks songsang...

Janganlah menjadi MUNAFIK semata2 kerana survivor kuasa dan politik...

Sebab dalam Islam, YANG HALAL ITU NYATA DAN YANG HARAM ITU NYATA!!! (

Video





Astro Awani - 3 hari yang lalu



Astro Awani - 3 hari yang lalu



Astro Awani
YouTube - 3 hari yang lalu

1 comment:

Anonymous said...

Nama ayah molek, nama anak2 molek. Tapi bila nama2 cucu dah Ineza Roussille, Melia Serene memang tak heran la bila cucu2nya ni aktif menyokong lgbt.

Semoga cucu2 ini bertaubat, berumah tangga seperti manusia normal dan dikurnikan anak2 yang baik kelak.

Jangan merosakkan nama atok kamu tokoh negarawan yang dah banyak berjasa kepada tanahair.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails