Imej Jacinda Ardern berselendang dipancarkan di Burj Khalifah pada Jumaat. Foto Twitter HH Sheikh Mohammed
NAMA Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern,semakin menjadi sebutan ramai susulan kebijaksanaan dan sikap kepimpinannya dalam menangani insiden serangan di dua masjid di Christchurch, 15 Mac lalu.
Antara yang dipuji, pemimpin berusia 38 tahun itu membuka sidang parlimen dengan ucapan Assalamualaikum, juga berikrar tidak akan menyebut nama penembak yang melakukan keganasan itu.
Emiriyah Arab Bersatu (UAE) tidak terkecuali dalam menzahirkan simpati dan sokongan kepada Ardern, selepas 50 umat Islam maut manakala puluhan yang lain cedera akibat serangan pengganas tersebut.
Bangunan ikonik di Dubai pada Jumaat, dipancarkan dengan imej Ardern, dalam usaha murninya menegaskan betapa pentingnya keamanan, susulan daripada tragedi menyayat hati yang berlaku di dua masjid di Christchurch itu.
Tidak cukup dengan itu, Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum turut memuat naik imej Ardern yang dihalakan ke bangunan Burj Khalifa pada waktu malam di laman Twitter miliknya:
“Terima kasih PM @jacindardern dan New Zealand untuk keikhlasan sokongan yang menyentuh hati 1.5 juta umat Islam selepas serangan pengganas tersebut mengejutkan komuniti Islam di seluruh dunia.”
Serangan yang berlaku semasa umat Islam hendak menunaikan solat Jumaat itu turut mengakibatkan seorang remaja warga Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun, meninggal dunia.
Bapanya, Mohd Tarmizi Shuib dan dua lagi mangsa, Muhamad Nazril Hisham Omar, 46 tahun, dan Rahimi Ahmad, 39 tahun, turut tercedera dalam serangan berkenaan.
Semasa solat Jumaat semalam, yang pertama selepas serangan itu, New Zealand buat julung kalinya menjalankan sesi tafakur selama dua minit dan menyiarkan seruan azan secara langsung di saluran televisyen dan radio nasional negara itu.
Ardern turut hadir dengan mengenakan baju labuh dan berselendang hitam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pernah berlaku di sebuah negara umat Islam, isteri Perdana Menteri dilarang suaminya memakai tudung.. Pada hal sama-sama Islam tu..
No comments:
Post a Comment