SEORANG lelaki berperwatakan lembut yang videonya berbogel sambil melakukan aksi lucah tular di media sosial baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memanjat sebuah kereta. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 20 Mac - Seorang lelaki berperwatakan lembut yang videonya berbogel sambil melakukan aksi lucah tular di media sosial baru-baru ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memanjat sebuah kereta.
Kent Caburnay Acuin, 29, yang berasal dari Cebu itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd. Karim.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memanjat kereta Honda City warna kelabu dalam keadaan berbogel di Jalan Sultan Ismail, di dalam daerah Dang Wangi di sini, pada pukul 10.40 pagi, 13 Mac lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Minggu lalu, video dan gambar lelaki itu, yang tidak berpakaian berjalan di tengah jalan raya sekitar Jalan Barat off Jalan Imbi, tular di dalam laman sosial.
Dalam rakaman video itu, Lelaki tersebut turut didapati berdiri di atas sebuah kereta sebelum menuju ke arah kereta lain.
Ada beberapa ketika dia menuju ke tepi dan tengah jalan, menuju ke arah tiang lampu serta melakukan aksi lucah.
Orang ramai yang melihat kejadian berkenaan kemudian memaklumkannya kepada pihak polis. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buang sampah di merata-rata pun dendanya lebih mahal lagi..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buang sampah di merata-rata pun dendanya lebih mahal lagi..
No comments:
Post a Comment