SAYA mengajak semua pihak untuk mengambil segala langkah yang perlu, seterusnya berdoa ke hadrat Allah SWT agar bencana pencemaran alam di Pasir Gudang dapat dibendung dengan segera.
Sebagai tanda prihatin, PAS telah menggerakkan Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal Malaysia ke lapangan untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat.
Semua pihak perlu bersegera untuk mengawal keadaan di Pasir Gudang, bagi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat keseluruhannya.
Semoga Allah melindungi kita semua.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS - HARAKAHDAILY 14/3/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Amin!!! Semoga pemimpin PH tidak ketinggalan berdoa..
No comments:
Post a Comment