Friday, March 08, 2019

Ini, Sudah 2 Malam 'berkampung'' Di Depan Komtar, PP..

Isu Taman Manggis: Penduduk dibenar kembali ke PPR hingga Ahad
Penduduk terlibat 'berkampung' di pekarangan Komtar sementara menantikan keputusan kerajaan negeri. -Astro AWANI
Isu Taman Manggis: Penduduk dibenar kembali ke PPR hingga Ahad

GEORGE TOWN: Setelah dua malam 'berkampung' di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), penduduk yang diusir dari rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, di sini, dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Mereka bagaimanapun hanya dibenarkan mendiami unit berkenaan selama tiga hari berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa, Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Dr Afif Bahardin yang menemui penduduk di pekarangan Komtar, pada Jumaat.

Menurut Afif, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo dan Pejabat Perumahan kerajaan negeri.


Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri belum membuat keputusan sama ada mereka perlu keluar semula daripada unit masing-masing selepas tempoh itu tamat pada Ahad ini.

Sementara itu, penduduk yang ditemui tidak bersetuju dengan tawaran yang diberikan kerajaan negeri.

Mereka mendakwa tempoh yang diberikan selama tiga hari itu bukanlah jalan penyelesaian yang diharapkan.

Penyewa mendakwa mereka perlu menandatangani dokumen yang diberikan sekali gus mengundang persoalan berhubung kebenaran mendiami perumahan tersebut.

Mereka tetap berkeras untuk terus 'berkampung' di Komtar sehingga kerajaan negeri memberi keputusan berhubung rayuan mereka.

Sebanyak enam keluarga membabitkan hampir 40 isi rumah diusir dari unit kediaman masing-masing di PPR Taman Manggis, dan terpaksa  berteduh di Komtar, sejak jam 12 tengah malam Khamis.

Mereka mendakwa tiada tempat tinggal dan terpaksa menjadikan pekarangan Komtar  sebagai tempat tinggal sementara selepas kediaman mereka  dikunci pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). (IH)


Hasil carian imej untuk 2 Malam 'berkampung'' Di Depan Komtar, PP..

No comments:

Post a Comment