SEORANG wanita Muslim bergambar di depan Masjid Besar Moscow yang dibuka pada 2015 di Moscow, Rusia. AGENSI
MOSCOW 9 MAC - Kira-kira 30 peratus populasi di negara ini akan menganut dan mengamalkan ajaran Islam dalam tempoh 15 tahun akan datang berdasarkan kepada trend semasa demografi negara.
Portal berita Moscow Times melaporkan, perkara itu dinyatakan oleh Mufti Besar Rusia dengan wilayah-wilayah yang mempunyai majoriti penduduknya beragama Islam seperti Caucasus Utara dan Tatarstan diketahui mempunyai kadar kelahiran yang tertinggi di negara ini.
Pelbagai anggaran menunjukkan penduduk Islam di Rusia kini antara 14 hingga 20 juta orang atau 10 hingga 14 peratus daripada jumlah populasi negara iaitu seramai 146.8 juta orang pada tahun lalu.
Ravil Gainutdin
Pengerusi Majlis Mufti Rusia, Ravil Gainutdin berkata, jumlah populasi Muslim di negara ini akan meningkat menjadi 30 peratus dalam tempoh 15 tahun.
Menurutnya, perubahan demografi tersebut bermakna puluhan masjid baharu perlu dibina di bandar-bandar besar negara ini.
Sementara itu, Ketua Paderi di sebuah Gereja Ortodoks Rusia, Dmitry Smirnov bersetuju dengan jangkaan yang dibuat Ravil.
Pada 2015, Presiden Rusia, Vladimir Putin merasmikan pembukaan masjid terbesar di benua Eropah di sini.
Masjid dengan kubah berwarna biru itu mampu memuatkan 10,000 jemaah. (IH)
1 comment:
Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al Qur'an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.
Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.
Allahuakbar
Post a Comment