Friday, March 22, 2019

PM NZ, Jacinda Ardern, Sebak Ketika Dengar Khutbah

Jacinda Ardern sebak ketika dengar khutbah
Jacina Ardern bersama komuniti mendengar khutbah solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch, New Zealand pada Jumaat. - Gambar REUTERS

CHRISTCHURCH: Ketika dunia menjadikan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebagai contoh kepimpinan terbaik, wanita besi itu tetap tidak dapat menyembunyikan sisi lembut ketika beliau mendengar khutbah solat Jumaat di  Hagley Park, Christchurch pada Jumaat.

Khubah berkenaan merupakan yang pertama sejak serangan pengganas yang meragut 50 nyawa minggu lalu.

Sebaik tiba di perkarangan Hegley Park, Ardern yang hadir mengenakan baju labuh dan berselendang hitam berkata New Zealand berkabung bersama-sama anda.

"Kita adalah satu," kata beliau ringkas.

Walaupun hadir sebagai tetamu kehormat, beliau tidak langsung mencuri tumpuan majlis.

Bagaimanapun, tumpuan kembali tertumpu kepada ibu kepada seorang cahaya mata itu apabila khatib yang membacakan khubah, Imam Gamal Fouda menyatakan penghargaan komuniti Islam kepada beliau dan pada ketika itu, Ardern dilihat cuba menahan sebak dan terharu.

"Kepada Perdana Menteri kami, terima kasih. Terima kasih atas kepimpinan anda yang kini dijadikan teladan buat pemimpin dunia lain.

"Kepada warga New Zealand, terima kasih. Terima kasih atas tangisan, terima kasih atas (persembahan) haka, terima kasih atas pemberian bunga, terima kasih atas cinta dan kasih sayang anda."jelas khutbah Imam Gamal.

 Walaupun hadir sebagai tetamu kehormat, beliau tidak langsung mencuri tumpuan majlis. Jacinda Ardern, Prime Minister, Christchurch, New Zealand








No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails