Wednesday, March 27, 2019

Kes Saman: MP PAS Selar Peguam Negara.




KL: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan menyelar tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mewakili Orang Asli menyaman Kerajaan Negeri Kelantan.
Katanya, tindakan tersebut bertentangan dengan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu fungsi Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong dan menteri dalam hal-hal berkaitan undang-undang.
“Persoalannya, mengapa Peguam Negara mewakili orang biasa, orang awam saman kerajaan negeri? Adakah selepas ini Tommy akan berdepan dengan Penasihat Undang-undang negeri yang juga dari Pejabat Peguam Negara?” katanya ketika ditemui media pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum itu, Takiyuddin dalam Dewan Rakyat mengajukan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Dato' Liew Vui Keong berkenaan perkara sama serta pandangan dan pendirian kerajaan dalam perkara tersebut.
"Untuk pertama kali, kalau tak silap saya, Peguam Negara mewakili 'private citizen', sebagai contohnya kes Orang Asli menyaman Kerajaan Negeri Kelantan dan juga mungkin Orang Asli Perak akan menyaman Kerajaan Negeri Perak. Apa pandangan dan pendirian dan kerajaan dalam hal ini?" soalnya.
Bagaimanapun, Vui Keong tidak menjawab persoalan tersebut.
Januari lalu, Tommy dalam kenyataannya berkata, buat pertama kalinya selepas merdeka, Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan prosiding mahkamah mewakili Orang Asli terhadap Kerajaan Negeri Kelantan berhubung tanah adat Pos Simpor, Gua Musang.
Difahamkan Orang Asli di Perak juga berhasrat menyaman Kerajaan Negeri Perak berkaitan isu tanah. – HARAKAHDAILY 26/3/2019

3 comments:

Anonymous said...

trump iktiraf bukit golan hak israel. cepat sikit pas kecam lah secara rasmi.

Anonymous said...

Sabar la. Kami pas kena tunggu arahan bn utk kecam. Kami kena ikut tlunjuk mca dn mic. Bukan boleh main kecam je

Anonymous said...

Mu Berentilah merokok takiyudin. Ore isle tak isap rokok. Bibir hitam. Kaki bedal duit umno. Merangkak sembah tun mtk nyawa.ptuih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails