Ketua Penerangan Bersatu negeri, Badrolhisham Mohd Shafie (empat dari kiri) membuat laporan mengenai perhimpunan LGBT di Kuala Lumpur baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE/RADHUAN HUSSAIN
KUALA TERENGGANU 11 Mac - Kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu hari ini membuat laporan polis bagi mendesak agar tindakan tegas dikenakan ke atas penganjur himpunan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di ibunegara Sabtu lalu.
Ketua Penerangan Bersatu Terengganu, Badrolhisham Mohd. Shafie berkata, program himpunan seumpama itu perlu ditentang kerana jelas bercanggah dengan tatasusila dan budaya bangsa.
Malah beliau juga kesal penganjuran yang menuntut supaya hak LGBT diiktirafkan seolah-olah memberi gambaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah merestui himpunan tersebut.
" Hari ini kami hadir di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Terengganu untuk buat laporan polis supaya segera ambil tindakan ke atas mereka terbabit.
"Nampaknya ini satu tindakan terancang, mungkin dilakukan pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis kira-kira pukul 3 petang di IPD Kuala Terengganu di sini hari ini.
Badrolhisham selanjutnya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pihak-pihak terbabit yang menyalahguna serta mencemari sambutan Hari Wanita tempoh hari.
"Kelompok kecil LGBT tak boleh dibenarkan berkembang dalam sosial budaya masyarakat Malaysia kerana ianya bercanggah dengan nilai agama Islam sebagai agama rasmi negara dan juga agama lain.
"Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 100 orang iti telah tular di media sosial dengan menjerit menuntut cara hidup songsang mereka diiktiraf sambil keluarkan kata-kata lucah dan jijik, ini amat bercanggah dengan nilai budaya masyarakat kita," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
tk payah nk desak2 polis. polis lebih laju dr kamu yg memekak aje.
ReplyDeleteko ingat polis mcm kau tahu maki hamun aje.
yg korang tu buat apa menangani lgbt? itu tnggungjawb kerjaan ye.
klu dh tggngjwb kerajaan biarlah kerajaan buat kerja. jgn nk mendesak.
jadilah rakyat yg siuman jgn asyik taksub parti karat yg kalah