Pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya, tidak hanya dikesan menjalankan perniagaan tanpa lesen...
SEBUAH pusat hiburan di Bandar Puchong Jaya, Puchong, tidak hanya dikesan menjalankan perniagaan tanpa lesen, malah menggaji 15 pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk enam wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).
Kegiatan itu terbongkar dalam satu serbuan dijalankan sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, 1.50 pagi.
Pegawai Operasi D7 Selangor, Asisten Superintendan Rozam Effandy Raslee berkata, ketika serbuan itu, polis turut menemui sembilan peket dipercayai mengandungi serbuk dadah ekstasi serta sembilan botol cecair mengandungi sebatian dadah yang sama.
Katanya, pusat hiburan yang baru beroperasi sejak tiga bulan lalu itu juga tidak mempunyai lesen hiburan yang sah dan polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga.
Katanya, pusat hiburan yang baru beroperasi sejak tiga bulan lalu itu juga tidak mempunyai lesen hiburan yang sah dan polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga.
“Dalam serbuan awal pagi tadi, polis menahan seramai enam GRO warga asing membabitkan lima wanita Vietnam dan seorang wanita Indonesia.
“Seramai sembilan lelaki yang bekerja di premis itu ditahan membabitkan tujuh lelaki Bangladesh serta masing-masing seorang lelaki, Pakistan, Rohingya dan lelaki tempatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Rozam berkata, polis turut merampas dua unit pembesar suara, televisyen, mikrofon, pemain Video DVD, selain masing-masing satu unit mesin pembayaran, satu unit pemain KTV dan pemain KTV.
“Selain barang berkenaan, polis juga merampas wang tunai RM2,629 serta empat keping penyata pembayaran bil yang mengesahkan kegiatan pusat hiburan berkenaan menjalankan operasi tanpa lesen, termasuk menggajikan PATI.
“Mereka yang ditahan disiasat mengikut lima kesalahan, iaitu mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) dan Seksyen 6(1)(c) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6(1) Enekman Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan (EHTTH) 1995 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah berbahaya 1952,” katanya.
Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat polis (IPD) Serdang untuk siasatan dan tindakan lanjut. (MyMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan PH, kalau tak mampu tangani dan atasi, berhenti jadi kerajaan!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan PH, kalau tak mampu tangani dan atasi, berhenti jadi kerajaan!
No comments:
Post a Comment