Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa tiada diskriminasi dalam angkatan tentera dan mana-mana anggotanya yang tekun akan mendapat ganjaran setimpal. Bercakap dalam dialog bersama Sinar Harian, Mohamad setuju dengan pengacara Johan Jaafar bahawa bilangan anggota baru dari kaum Cina masih rendah.
"Kami akan meneruskan kempen. Kami tahu kadar kemasukan di kalangan masyarakat India tinggi tetapi di kalangan Cina, kita harap lebih ramai (yang menyertai angkatan tentera)," katanya.
Katanya, anggota yang berdisiplin dan rajin akan dinaikkan pangkat dan beliau telah melihat sendiri perkara itu sejak mengetuai kementerian itu.
"Saya harap semua kaum akan menyertai angkatan tentera kerana kita rakyat Malaysia. Tanggungjawab mengekalkan keselamatan tidak terletak pada satu kaum sahaja, tetapi semua warga," katanya.
Berkenaan beberapa cabaran yang dihadapi tentera, Mohamad berkata perumahan merupakan isu besar bagi anggota dan usaha untuk menambah baik keadaan itu sedang berjalan.
Beliau setuju dengan Johan bahawa kerajaan persekutuan pada masa ini berdepan kekangan belanjawan namun berkata lebih banyak dana akan diberikan apabil keadaan ekonomi bertambah baik.
"Baru-baru ini kabinet diberi taklimat oleh menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkenaan berhubung pelaburan asing yang kian meningkat. Kami berharap ekonomi akan bertambah baik untuk beberapa tahun akan datang dan (maka) dana untuk tentera, termasuk perumahan, akan bertambah," katanya lagi.
Johan kemudian berkata trak tentera masih digunakan untuk menghantar anak-anak tentera ke sekolah dan bertanya apa yang boleh dilakukan oleh Mohamad berkenaannya. Mohamad mengakui ia masih berlaku di sesetengah kawasan.
"Kami akan menambah baik dari masa ke masa dan (membekalkan) kenderaan yang lebih sesuai (kepada anak-anak itu)."
Beliau memaklumkan perbelanjaan tentera Malaysia adalah "sederhana" berbanding banyak negara lain dan ia akan ditambah pada masa depan apabila negara mampu melakukannya. Beliau bagaimanapun berkata tentera sentiasa bersedia walaupun negara dalam keadaan aman.
(PH) kini dalam keadaan bertahan.
Kerjasama Umno-PAS Mengulas soal politik, Mohamad setuju dengan kenyataan Johan bahawa Pakatan Harapan (PH) kini dalam keadaan bertahan. Beliau bagaimanapun yakin PH akan dapat keluar daripada keadaan itu tak lama lagi.
Semasa menjadi timbalan presiden PAS, katanya, beliau tidak diberitahu tentang usaha sesetengah pemimpin parti untuk mengadakan kerjasama dengan Umno. Katanya, pada 1970-an PAS mengadakan mesyuarat perwakilan kebangsaan khas untuk membincangkan cadangan menyertai BN, dan perbincangan sama diadakan sebelum ia bekerjasama dengan Semangat 46 dan Barisan Alternatif pada 1990-an.
"Paling sukar adalah bekerjasama dengan DAP (pada 2008). Sesetengah ulama setuju, ada yang tidak. Kami adakan perbincagan, buat retreat. Akhirnya keputusan dibuat. Kami membuat tahaluf dengan DAP.
"Apa yang membingunkan saya adalah dengan Umno, mengapa mereka buat di belakang?" soalnya.
Untuk rekod, Mohamad merupakan salah seorang daripada ramai pemimpin dan anggota PAS yang keluar parti pada 2015 untuk menubuhkan Amanah yang kini merupakan salah satu parti pemerintah. at March 09, 2019 Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest.
Lihatlah betapa rosaknya pemikiran mat sabu. Tahaluf siyasi dgn kafir dap boleh dan dipertahan,,,sebaliknya bekerjasama dengan umno dikatakan " membingungkan"....inilah org yg luarannya islam,,tp dalaman adalah kosong tentang ilmu islam. Bukankah berbaik2 sesama agama dituntut al quran? Kenapa kata ia membingungkan? Jelas mat sabu tidak belajar apa2 tentang islam semasa berada didalam pas. Sebab itu mat sabu sangat disayangi cina kafir dap.
ReplyDelete