Monday, March 04, 2019

Misi Kemanusiaan PASRelief Gerak Ke Maarib Terus




SETYUN, Yaman: Delegasi Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) berjaya sampai ke bandar ini yang menjadi 'check point' bagi ke lokasi utama Misi Kemanusiaan Yaman.
Delegasi terdahulu menempuh hampir 10 jam perjalanan merentas gurun yang menghampar luas sepanjang laluan tersebut dengan muka bumi ekstrem meliputi gunung, lembah dan gaung.
Bukan sahaja menyaksikan pemandangan gersang tandus dan sepi, tetapi juga tanpa kemudahan dan penempatan manusia selain pelbagai risiko oleh keadaan jalan tidak sempurna.
Delegasi berhenti solat Subuh di tengah gurun tersebut dan menyambung perjalanan melepasi jarak lebih 500 kilometer selama 7 jam baharulah menemui kawasan hijau dan dihuni manusia di 'Asim.
Perjalanan tersebut seterusnya menyusuri lembah yang kelihatan banyak institusi pendidikan sebelum berhenti sarapan di Al-Saum hinggalah perjalanan seterusnya selepas itu.
Antara dilalui setelah itu adalah kawasan-kawasan pertanian dan penempatan seperti Al-Khun, Qasam, Qahir dan Tarim hingga tiba di Seiyun tepat jam 10:15 pagi waktu tempatan (3:15 petang Malaysia).
Delegasi PASRelief berhenti di sini bagi mesyuarat dan rehat sebelum menyambung perjalanan darat ke Maarib yang terletak lebih 400 kilometer ke Barat Yaman dengan anggaran masa 7 jam lagi. 
Delegasi ini diketuai Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor dan disertai Ahli Jawatankuasa PASRelief, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman serta Ustaz Yusni Mat Piah.
Turut bersama Ketua Multaqa Pelajar Malaysia-Indonesia Nusantara (MUTHMAIN), Ustaz Hassan Husaini dan Pengerusi Jamiyat Al Islah Al Ijtimaie Al Khairiah (CSSW), Muneer Soleh Abduh Hud.
Orang ramai boleh terus menyumbang menerusi akaun Maybank 5640 7061 2333 PASRelief atau 5640 7061 1352 Tabung Kemanusiaan Antarabangsa dan sebarang pertanyaan hubungi 012-596 9220 (Sanusi)atau 013-384 5555 (Mohd Adram Musa). - HARAKAHDAILY 3/3/2019

8 comments:

Anonymous said...


KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN! - berjuta orang melayu islam malaysia masih kebuluran, demi pujian dan bukan tuhan, orang jauh beribu batu diberikan makan.

Anonymous said...

8.19

Kera boleh la kamu kencing cakap jutaan orang kebuluran. Monyet tak baca surat khabar pun tahu Malaysia banyak buat misi bantuan kemanusiaan. Bagaimana nak cakap jutaan orang kebuluran? Patut la masih tak sedaq2 sebab jahilnya berlapis lapis liberal ni kan?

Anonymous said...

Sempit pemikirannya. Kafir dipuja, tapi Islam dipinggir. Ini lah akibat bila pemikiran orang Islam ditakluk oleh pemikiran orang kafir. Inilah liberal versi pan.

Anonymous said...


Lebih 7 juta malaysian mohon BRIM majoriti melayu islam! Ini data rasmi la DUNGU hamPAS927! Bantulah mereka nih, pi jauh2 cari orang susah konon, depan mata melambak, ahli hamPAS je lebih 1 juta orang yg mohon BRIM tuh DUNGU! Ujung2 tadah tin milo, mintak derma dari ahli, ahli melongo, pemimpin styelo, hamPAS!

Ko delete ko memang hamPAS!

Anonymous said...

Hoi bongok 9.55pm

Brim tu bantuan mengurangkan beban rakyat la, bukan kebuluran. Dah lah liberal pengkhianat Islam dan Tanah Melayu, bongok pulak tu. Tapi takpe kita paham keadaan orang yang tak sedar diri hayal dengan air kencing dapiss memang macam gitu rupanya.

Anonymous said...

hamPAS1028DUNGU, ko memang KERADUNGU! sapa kata malaysian kebuluran? yang kebulur tu engkau setan berserban nak tutup tandok setan ko tu, besama sama KERA2 UMNOBN melanun merompak melantak duit 1MDB sampai heboh sedunia!

Memalukan Islam dan Malaysia, Ugama Dan Negara Ku Tercinta!

Anonymous said...

Aku dulu bantai bn gila teruk. Penyalahgunaan kuasa la, assobiyah la, bn sarang anai2 yg dah reput dan macam2. Tapi bila bn tak berkuasa ni, tak ada kes penyalahgunaan yg boleh disabit.

Sekarang ph berkuasa nampak Islam dan kedudukan Melayu pulak yang terancam. Rasa nyesal pulak.

Anonymous said...

Rba kafir kerja dia memburuk2kan pas sebab pas istikomah perjuangkan islam. Bg pengetahuan rba dimalaysia takda yg kebulur yg mati kekenyangan ada. Brim dah takda yg ada basah hancing yg ph tiru dari brim dan yg kata ramai melayu mohon apa salah ke kau pun mohon dan cina india pun ada mohon. Dasar rba anti islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails