▼
Monday, March 04, 2019
Mukhriz Juara Pembeban Negara? RM 105k Sebulan
Senarai penuh pendapat bulanan MP PH. Mukhriz juara, RM 105k sebulan
Putrajaya , 4 Mac: Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia melalui portal pengisytiharan harta di https://mydeclaration.sprm.gov.my/ telah mengemaskini data mengenai pendapatan bulanan dan aset ahli parlimen, senator dan setiausaha politik kerajaan. Setakat ini portal tersebut telah menyenaraikan pendapatan dan aset seramai 145 orang.
Dari jumlah itu, 120 ahli parlimen kerajaan telah melakukan pengisytiharan manakala baki 9 orang lagi belum berbuat demikian termasuk ahli parlimen Port Dickson yang baharu, YB Dato Seri Anwar Ibrahim.
TTKM mendapati pendapatan bulanan paling tinggi kini dijuarai oleh anak perdana menteri, merangkap menteri besar Kedah, YB Dato’ Seri Muhkriz Mahathir yang juga timbalan presiden PPBM dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 105 641.76.
Naib juara pula jatuh kepada timbalan speaker dewan rakyat, YB Nga Kor Ming yang juga pengerusi DAP Perak dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 101 160.00.
Manakala tempat ketiga pula disandang menteri besar Perak, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Azumu merangkap Ketua Badan Pimpinan PPBM Negeri Perak dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 91 150.00
Tempat keempat pula jatuh kepada menteri kewangan, YB Lim Guan Eng merangkap setiausaha agung DAP dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 86 736.48.
Berikut merupakan senarai penuh dimulakan dengan pendapatan bulanan paling tinggi dan diakhiri dengan paling rendah. :
-TTKM-
LINK
MR : Gaji ini sebenarnya beban negara
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
Semoga momentum Penyatuan Ummah dapat dikekalkan bersama terus fokus. Segala tohmahan dan fitnah yg timbul kita biarkan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.
ReplyDeleteDan result nya ialah kemenangan di 2 prk. Semenyih dan Cameron definitely was a good signed. Hopefully lepas ni BN&PAS supporter tidak terikut ikut dengan tactic provokasi makian supporter ph. It wont help us in developing Penyatuan Ummah at all.
All we have to do is focus pada Penyatuan Ummah, stay cool and relax sambil makan popcorn. Let the big people up there do their work and we buttom line support them.
Hope tuan ibnu tak delete. Sebab tuan ibnu delete tak pilih kasih. Semua boleh kena.
Penyatuan ummah tu baguih...tapi nak satukan mcm mana lain parti lain perlembagaannye?...semua parti join dlm satu parti?....tak mungkin....
DeleteSatu gabongan mcm BN?....tak mungkin pas setuju kecuali pas jadi ketua...pas tamak...pas nak tentukan semuanye walopon cuma ada 18 kerusi...
Umno setuju serah terengganu kelantan dan kedah kpd Pas?....pas setuju selangor serah kpd umno?....sampai masa mereka akan bergaduh...
Haa kan sedap sikit bunyinya tu anon 8.02.
DeleteWalaupun aku kurang setuju lah pas dituduh tamak sebab pas pernah menolak untuk jawatan mb selangor dulu, tapi sedap la sikit kita membacanya..
Kadang kadang bodoh simpan sama untuk cucu cicit tu.Apa yg tertulis tu termasuk pendapatan sampingan di orang.Kalau gaji MP,MP PAS pun dapat..
ReplyDeleteMukhriz kan ade company..
ReplyDelete