DALAM satu wawancara dengan The Straits Times Singapore ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak "bakal PM" Malaysia Nurul Izzah dilaporkan berkata: "I mean having to work with a former dictator who wreaked so much damage, not just on our lives, but the system.
"It was not easy,"
(Maksud saya bekerja untuk seorang bekas diktator yang telah banyak merosakkan bukan hanya kehidupan kita tetapi sistem.
Bukannya mudah)
Nurul meluahkan kekecewaan dan patah hatinya dengan sikap dan kepimpinan Tun Dr Mahathir dan masih kecewa dengan tindakan Tun memenjarakan ayahnya sebelum ini.
Difahamkan tindakan Tun menerima ahli-ahli Parlimen Umno yang melompat ke Bersatu selain mengekalkan Ronald Kiandee sebagai Pengerusi PAC sedangkan beliau bukan lagi anggota pembangkang (PH berjuang memperuntukkan kerusi Pengerusi PAC untuk wakil pembangkang) antara faktor "patah hati" Nurul.
Tindakan Nurul ini mula menunjukkan keretakkan dalam PKR sedang calon PKR bakal berhadapan BN dalam PRK Rantau tidak lama lagi
Seorang bekas ahli parlimen PKR N.Surendran menyelar tindakan Nurul menyerang Tun sebagaimana dilaporkan The Star hari ini manakala Timbalan Presiden PKR DS Azmin Ali dilihat memerli tindakan Nurul itu dalam tweetnya walau tidak menyebut nama (cry baby?).
Mungkinkah serangan pada Tun ini permulaan ke arah "Langkah Langkawi" iaitu undi tidak percaya terhadap Tun?
Kalau Tun bekas diktator sebagaimana didakwa, pasti pihak Bersatu pro-Tun sangat tahu DS Anwar pula bekas apa.
Jadi, mana yang akan datang dulu? Undi tidak percaya atau PRK Rantau? – HARAKAHDAILY 25/3/2019
3 comments:
siasatan baru bukan bersalah lagi
Barua-barua dedak roket @ tentera kacang merah ternakan abang besar kafir harbi roket kelihatan sangat terdesak untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS dengan pelbagai fitnah seperti rasuah RM90 juta tetapi akhirnya rakyat tahu semua dakwaan-dakwaan tentera kacang merah adalah pembohongan yang tidak berasas.
Ini membuktikan tentera kacang merah dan pemimpin roket dan khadam liberal mereka adalah manusia yang tidak bermoral.
Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap pakatan liberal-kafir harbi setelah mereka kencing rakyat dengan pelbagai fitnah dan janji palsu sehingga hancing seluruh negara.
betul tu mous, kita ni fitnah dulu lepas tu minta maaf. kan boleh bohong kalau melibatkan maslahat.. nopas berkemah keming la kita.. bayangkan tmb kelantan jadi menteri kewangan macam mana agaknya. mesti rakyat untung sebab dia ada kawang yang boleh bagi diskaun kereta mewah, nik abduh jadi menteri agama ana tahu dan kita boleh bohong sebab pemimpin yang suruh..
Post a Comment