HALAMAN HIBURAN
'Saya tak sengaja aibkan isteri'
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Di sebalik kegembiraan pengacara popular Nabil Ahmad yang dilantik sebagai duta ubat jenama Uphamol, terpalit perihal negatif yang tidak sedap didengar.
Ini apabila warga net kecoh apabila Nabil dikatakan tayang isteri dalam keadaan berkemban ketika membuat ‘live’ untuk tujuan kerjanya dalam Instagram.
Menjelaskan perkara tersebut ketika ditemui di Redbox The Garden bagi sidang media pelantikannya sebagai duta Uphamol, Nabil memberitahu dia tidak perasan akan kelibat isterinya di belakang kerana tujuannya adalah untuk kerja.
“Serius saya cakap, ia berlaku secara tak sengaja. Lagipun saya buat ‘live’ untuk kerja kerana mempromosikan produk penjagaan diri.
“Saya langsung tak tahu menahu tentang perkara ini. Saya hanya dapat tahu apabila isteri marah-marah dan menyuruh saya memadamkan video tersebut kerana katanya ada nampak kelibat dia dalam keadaan seperti itu," katanya seperti yang dipetik daripad MHETV.
Untuk laporan lanjut layari www.mhetv.my - UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
No comments:
Post a Comment