Akibat salah memilih!
Kerajaan terdahulu guna RM15 billion duit Petronas untuk bajet negara boleh bagi macam-macam kepada penjawat awam dan rakyat. Rejim Pakatan Harapan DAP dah perah lebih RM80 billion minta rakyat ikat perut. Kroni dan keluarga Mahathir tersenyum berjalan ke bank.
…………
Penjawat awam diminta ‘ikat perut’ – Mahathir
Semua penjawat awam diminta ‘ikat perut’ buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pada waktu ini kerajaan perlu memberi tumpuan untuk membayar hutang yang tinggi.
Katanya, jika kerajaan dapat membayar hutang ini, pendapatan juga akan dapat dipertingkatkan.
“Saya merayu rakan-rakan dalam Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya bersabar sementara kita nak pulihkan kewangan negara. Kalau tiada tindakan ganas dan liar, dalam tiga tahun kita akan pulih semula.
“Walaupun kita bermasalah, tak sampai peringkat kebuluran. Kita sebuah negara aman, boleh pulih dengan lebih cepat. Di Asia Barat, negara mereka termusnah dan satu bilion daripada rakyat mereka akan mati kelaparan,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Perdana CUEPACS Bersama Perdana Menteri di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia dekat sini hari ini.
7 comments:
dedah la nama pemimpin pan yang jadi barua. berani ke ayoh pink tu. sembang deras depan walauncai boleh la. aritu kes pil kuda pun tak berani sebut nama.
betul tu pak din. petronas dia sapu sikit tapi dia sapu kat gst setahun kutip 42b, kat minyak 2.40 seliter, tol balak sapu habis licin macam kat negeri antah berantah, royalti yang tak dibedak hilang ke mana.
yang heran tu pak din dia ambil sikit dari petronas tapi napa petronas prestasi kewangannya sama macam kena ambil 80b.
dapat royalti senyap, takde heboh pun.
Tahniah PH, sekolah sekolah daif di Sabah berjaya dinaik taraf serta berkualiti hanya oleh Kerajaan PH dlm beberapa bulan memerintah Malaysia.
Tolak ph bersama perpaduan ummah. Rba kerja keras untuk hasut rakyat tidak bersama pu.
Wah barua pakatan sedang meroyan histeria bagai nak gila bila mereka melihat kerjasama PAS-UMNO menyatu-padukan umat Islam untuk menentang pakatan liberal-kafir harbi yang sedang mengancam Islam dan umat Islam.
Tolak PH - Pakatan Harapan
Sokong PU - Penyatuan Ummah / Pas Umno
Tolak PU - Penyesat Ummah @ Pas Umno
Sokong PH - Pakatan Harapan
Tolak PH - Pakatan Hancing
Sokong PU - Penyatuan Ummah / Pas Umno
Post a Comment