LEBIH 16 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama UMNO dan Pas membuat laporan polis terhadap seorang lelaki dipercayai pensyarah kolej komuniti dan dua individu lagi dalam isu menghina Nabi Muhammad SAW di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di Bentong Pahang hari ini. - UTUSAN ONLINE
BENTONG 1 Mac - Lebih 16 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pesara Polis dan wakil daripada UMNO serta Pas membuat laporan polis terhadap tindakan seorang individu dipercayai pensyarah sebuah kolej komuniti di sini yang bertindak memperlekehkan usaha umat Islam mempertahankan Nabi Muhammad SAW.
Laporan polis yang dibuat wakil UMNO dan NGO Ummah Bentong itu adalah susulan kenyataan dalam Facebook Zylhafirie Wan Ahmad (Pek Dik) yang mengeluarkan kenyataan berkenaan yang tular dalam media sosial.
Selain itu, laporan polia turut dibuat terhadap kenyataan dalam akaun Facebook Sally Yen yang sengaja menghina Nabi Muhamad SAW serta terhadap satu video viral seorang pemuda mendakwa bernama N. Ganas Paran yang menghina Rasulullah dan Polis Diraja Malaysia
ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN(PDRM).
ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN(PDRM).
Pengerusi NGO Ummah, Khairudin Abdullah berkata, laporan polis dibuat bagi memastikan tindakan tegas sewajarnya dikenakan terhadap individu yang cuba menjejaskan keharmonian negara itu.
Katanya, episod demi episod penghinaan terhadap Islam termasuk terhadap junjungan besar Rasulullah SAW harus dihentikan kerana boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan umat Islam.
"Ia (penghinaan terhadap Islam) terlalu banyak dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang sewenang-wenang menghina nabi kita.
"Jika tidak dibendung kita bimbang akan berlaku perkara tidak diingini yang menjejaskan keamanan dan keharmonian negara,"katanya selepas membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment