MARANG 2 Mac - Mulai Isnin ini, seluruh kepemimpinan Pas, ahli serta para penyokong parti itu akan menunaikan puasa sunat selain bermunajat, bersedekah dan mengerjakan amal makruf yang mendekatkan diri dengan Allah.
Langkah itu diputuskan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai reaksi segera kepada kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang petang semalam ekoran serangan fitnah oleh musuh parti itu berkaitan isu dana RM90 juta.
Menurut Tuan Ibrahim, perkara sama juga pernah dihadapi oleh Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu dan ekoran itu, parti berkenaan diarah agar memastikan para penimpin dan ahli parti menjaga hubungan dengan Allah.
"Isnin ini kita mulalah, kita galakkan sunat berpuasa dan juga perkara lain yang disebut Tok Guru (Abdul Hadi) seperti bermunajat, sedekah dan amalan yang boleh mendekatkan diri dengan Tuhan," katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum di pekarangan Pasar Binjai Rendah dekat sini malam tadi.
Pada masa sama, Tuan Ibrahim menarik perhatian, Pas juga akan mengadakan solat hajat besar-besaran mengikut negeri masing-masing yang akan diputuskan oleh Dewan Ulama Pas nanti.
"Bila solat hajat ini akan diadakan, kita masih belum putuskan. Insya Allah Dewan Ulama akan putuskan masa yang sesuai dalam masa terdekat. Setiap negeri akan buat majlis ini di tempat masing-masing," jelasnya.
Petang semalam, Abdul Hadi yang masih dalam urusan rasmi Pas dii Indonesia menyeru ahli serta penyokong parti agar bermunajat dan berdoa kepada Allah mengenai apa yang dihadapi parti itu ketika inii.
Dalam akaun Facebooknya, Presiden Pas itu mahu mereka berkenaan sama-sama menunaikan solat hajat selain berpuasa, membaca al-Quran serta melakukan amal kebajikan. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! Jazakallahu khairan kathira'. Walaupun puak-puak jahiliah 'red army' kacang merah anti Islam tidak faham dan menentang!
MARANG 2 Mac - Mulai Isnin ini, seluruh kepemimpinan Pas, ahli serta para penyokong parti itu akan menunaikan puasa sunat selain bermunajat, bersedekah dan mengerjakan amal makruf yang mendekatkan diri dengan Allah.
ReplyDeleteKerjakan amal makruf je ke? Lupakan nahi mungkar? Begitu?
Jangan bersaksi dengan kelompok kafir spt dap dan kelompok liberal. Mereka mempunyai kecenderungan utk melakukan kerosakan.
ReplyDeleteParti yg anjur kebaikan berbanding parti yg anjur mungkar dan kafir.
ReplyDelete