Wednesday, March 13, 2019

RM105,000 Rompak Di Stesen Mnyak, Rawang.... Jika Perompak Di'potong tangan'?

Tiga penjenayah samun van keselamatan RM105,000 di stesen minyak
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam tadi, pemandu van syarikat keselamatan berkenaan ditemui polis ditinggalkan di perkarangan stesen minyak. - Astro AWANI

RAWANG: Sebuah van syarikat keselamatan disamun di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sini malam tadi. Dalam kejadian itu, wang sejumlah kira-kira RM105,000 dilarikan penjenayah.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika tiga pekerja syarikat itu keluar selepas mengendalikan mesin juruwang automatik (ATM)  di stesen minyak berkenaan. Secara tiba-tiba, mereka diserang tiga lelaki yang bertindak melarikan kenderaan berkenaan.

Van syarikat keselamatan ditemui oleh polis ditinggalkan di tepi lebuh raya. - Astro AWANI
Van syarikat keselamatan ditemui oleh polis ditinggalkan di tepi lebuh raya. - Astro AWANI
Dua daripada anggota syarikat keselamatan itu turut dilarikan penjenayah, manakala pemandu van berkenaan ditinggalkan di perkarangan stesen minyak terbabit. Berdasarkan isyarat GPS, van berkenaan yang ditinggalkan di tepi lebuh raya berjaya ditemui dekat Kilometer (KM) 438 arah utara.

Dua pekerja syarikat keselamatan itu ditemui selamat bersama wang tunai RM5 juta yang disimpan di dalam peti besi. Bagaimanapun, RM105,000 lagi berjaya dilarikan tiga penjenayah berkenaan yang dilihat berlari ke arah bawah jejantas lebuh raya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedikit imbas kisah curi potong tangan di Nairobi..

Dia sudah memotong tangan lebih 40 pencuri yang ditangkapnya.


Nairobi: Kegagalan pihak berkuasa, termasuk polis menjaga keamanan serta harta-benda menyebabkan orang ramai, terutama peniaga di Kenya mengupah ‘pengawal keselamatan’ yang melaksanakan hukuman sendiri iaitu memotong tangan penjenayah yang ditangkap mencuri harta majikan mereka.
Sebagai contoh, kadar jenayah di Meru, iaitu daerah di tengah Kenya yang terkenal dengan dadah khat, amat tinggi.
Tahun lalu, daerah itu berada di tangga kedua kadar jenayah tertinggi Kenya dengan 5,151 kes atau tujuh peratus dalam statistik seluruh negara. Pada 2015, ia mencatat kes bunuh tertinggi di negara itu.
Menurut laporan al-Jazeera, pengawal keselamatan persendirian, Daniel Mbogori, 54, yang sering diupah peniaga di Mutuati berkata, sejak 10 tahun lalu, dia sudah memotong tangan lebih 40 pencuri yang ditangkapnya.
Menurutnya, peningkatan jenayah serta proses pendakwaan yang lambat menjadi punca dia dan pengawal keselamatan lain diupah.

“Jika kami membawa pencuri terbabit kepada polis, mereka akan dijamin dengan mudah dan selepas itu mencuri kembali.
“Tetapi apabila kami memberi ‘keadilan’ kepada mereka, pencuri itu akan menjadi orang baik,” katanya.
Antaranya, Morris Nkonja, kini berusia 30 tahun, yang kehilangan satu tangannya ketika mencuri wang dalam sebuah restoran di Meru pada 2014.
“Selepas restoran itu ditutup pada satu malam, saya membawa parang dan memecah masuk dan terus ke mesin menyimpan wang,” katanya.
Namun, sebaik dia keluar, lima lelaki mengepungnya dan mereka juga bersenjatakan parang panjang.
 NKONJA. FOTO al-Jazeera
“Mereka memerangkap saya. Mereka tahu saya memecah masuk dan menunggu sehingga saya selesai merompak.
“Saya tidak akan lupa kejadian pada malam itu,” katanya.
Lima lelaki terbabit diupah pemilik restoran untuk mengawal kedainya dan mereka memotong tangan kiri Nkonja sebagai hukuman - tidak perlukan polis atau mahkamah.
“Kehilangan tangan ini menjadi simbol kehidupan masa lalu saya, semua orang akan tahu saya kehilangannya kerana mencuri.
“Namun, kehidupan perlu diteruskan,” katanya yang kini hidup mengharapkan belas ihsan saudara-mara.
Amalan itu kelihatan mendapat restu penduduk di Mutuati dan perkampungan sekitarnya yang tidak lagi percayakan polis serta sistem perundangan.
Mereka sebaliknya yakin hukuman itu membawa perubahan kepada ramai pencuri.
Anggota pihak berkuasa tempatan daerah Meru, Esther Karimi berkata, penduduk yang menjadi mangsa jenayah sering dinafikan keadilan berikutan pihak berkuasa, termasuk polis yang tidak amanah masuk campur, termasuk menghilangkan bukti.
“Ada waktunya ‘keadilan segera’ perlu akibat kegagalan sistem undang-undang,” katanya. (Ahad, 9 September 2018)

Apakah hukum 'potong tangan' kepada pencuri, penyamun, perompak itu suatu perundangan yang berkesan? Bagaimana kalau ia dilaksanakan menerusi suatu sistem perundangan yang teratur oleh sebuah kerajaan bukan oleh individu?

Fikir-fikirlah! Islam mempunyai suatu sistem perundangan yang sempurna dan terbukti berkesan..

1 comment:

Anonymous said...

Setuju tu. Sampai dalam parlimen pun ph nak fitnah pas, sampai diarah tarik balik tuduhan ole speaker.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails