Percanggahan kenyataan Husam di dalam mahkamah dan ketika di soalsiasat oleh SPRM, dengan sendirinya membuktikan dakwaan UMNO membayar PAS sebanyak RM90 juta adalah satu fitnah jahat...
Sarawak Report menyebarkan fitnah melalui maklumat yang di perolehi dari Ambiga dan Ambiga memberikan maklumat kepada Sarawak Report melalui apa yang di beritahu oleh Husam kepada beliau!!!
Dan Husam sendiri memberitahu kepada SPRM bahawa dakwaan UMNO membayar PAS sebanyak RM90 juta hanyalah maklumat palsu yang tiada asasnya...
Ianya dengan sendirinya mengesahkan bahawa dakwaan UMNO membayar PAS sebanyak RM90 juta hanyalah fitnah belaka... Tetapi Anwar masih lagi mahu mengambil kesempatan di atas dakwaan itu, walau pun telah terbukti melalui siasatan SPRM bahawa dakwaan itu adalah fitnah...
Anwar tidak mahu fitnah itu berkubur setakat di situ... Anwar masih lagi mahu menyuburkan persepsi UMNO membeli PAS terus hidup supaya kredibiliti PAS tercalar dan kerjasama antara UMNO dan PAS tidak menjadi realiti...
Kerjasama UMNO dan PAS menakutkan Anwar kerana ianya terbukti telah menumbangkan PH dalam PRK Cameron Highland dan Semenyih...
Anwar Makin Terdesak
Anwar mesti mencari jalan supaya orang tetap percaya bahawa fitnah RM90 juta adalah benar!!!
Pengakuan bersumpah di mahkamah dengan jawapan Husam dalam soal siasat dengan SPRM yang tidak konsisten menyebabkan rakyat Malaysia mula menerima hakikat bahawa isu RM90 juta adalah fitnah...
Kali Pertama Peguam Clare Bertemu TG Hj. Hadi
Sebelum PRU 14, peguam Clare telah bertemu dengan TG Hj. Hadi untuk membincangkan penyelesaian di luar mahkamah...
Ini di akui sendiri oleh salah seorang kakitangan Sarawak Report yang masih lagi mempunyai hubungan dengan Malaysia Today hingga sekarang...
TH Hj. Hadi bagaimana pun menolak kerana selain dari binbang akan di gunakan sebagai kempen pilihanraya oleh PH, TG Hj. Hadi mempunyai peluang yang besar untuk memenangi kes saman itu kerana Clare tidak akan dapat membuktikan kewujudan cek RM90 juta, sekiranya di minta oleh mahkamah...
Untuk Clare buktikan kewujudan cek RM90 juta itu, Clare perlukan pengakuan Husam dalam mahkamah namun Husam telah pun menafikan pernah melihat sendiri cek RM90 juta dalam soal siasat SPRM ke atasnya...
Semakin hampir pada hari perbicaraan, Clare semakin terdesak dan beliau perlu lakukan sesuatu supaya kes itu dapat di selesaikan di luar mahkamah...
Sekiranya perbicaraan di teruskan, segala2nya akan terbongkar dan bukan saja Clare akan kalah dalam kes saman tersebut malah reputasi Clare dan Sarawak Report akan di perlekehkan!!!
Peguam Clare Bertemu TG Hj. Hadi Sekali Lagi
Peguam Clare bertemu TG Hj. Hadi sekali lagi untuk membincangkan penyelesaian di luar mahkamah...
Memandangkan kes itu tidak lagi boleh di jadikan modal politik oleh PH kerana PRU 14 telah berlalu, maka TG Hj. Hadi bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah... Persetujuan antara kedua2 pihak ialah, kes di gugurkan tanpa ada apa2 tuntutan dari mana2 pihak...
Memandangkan perjalanan kes yang tidak menyebelahi Clare, Mahathir mahu kes di selesaikan di luar mahkamah dan Mahathir memberitahu Clare bahawa tiada lagi bantuan kewangan akan di berikan kepada Clare untuk menyelesaikan kes tersebut...
Bagi pihak Clare pula, beliau perlukan RM3 juta bagi bayaran guaman untuk meneruskan kes ini dan sekiranya kalah, beliau perlukan lagi RM5 juta untuk di bayar kepada TG Hj. Hadi...
Mahathir juga di beritahu bahawa peguam TG Hj. Hadi akan memanggil DS Najib untuk beri keterangan di mahkamah, kerana di katakan, DS Najib memainkan peranan utama dalam pemberian RM90 juta kepada TG Hj. Hadi...
Sekiranya mahkamah memanggil DS Najib sebagai saksi pendakwa, kerajaan Malaysia mesti melepaskan DS Najib terbang ke London... Mahathir tidak mahu ini berlaku...
Bagi Anwar pula, sama ada DS Najib akan di panggil untuk beri keterangan di London atau tidak, bukanlah persoalan yang penting...
Apa yang Anwar mahu ialah bagaiman untuk mengambil kesempatan dari keadaan yang sedang berlaku demi untuk kepentingan peribadi beliau...
Untuk menghangatkan kembali isu pemberian RM90 juta UMNO kepada PAS, Anwar telah dengan sengaja memberikan Rameli sebanyak RM1.4 juta untuk di berikan kepada Clare, kononnya sebagai 'bayaran' untuk penyelesaian kes di luar mahkamah...
Sebab itu, ketika kempen di PRK Semenyih, di kalangan pemimpin PH, hanya Anwar seorang yang bermati2an menabur fitnah tentang RM1.4 juta ke atas TG Hj. Hadi...
Dan Anwar jugalah yang beria2 menimbulkan persoalan, sekiranya benar TG Hj. Hadi tidak bersalah,'kenapa TG Hj. Hadi membayar Clare sebanyak RM1.4 juta untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah'...
Sebenarnya, itulah persepsi yang cuba Anwar timbulkan...
Persepsi yang cuba di lakukanAnwar mudah, untuk membuktikan bahawa TG Hj. Hadi memang ada menerima RM90 juta dari UMNO ialah dengan menyebarkan fitnah adanya bayaran RM1.4 juta dari TG Hj. Hadi kepada Clare untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah...
Anwar berharap akan dapat menimbulkan kebencian ahli2 PAS yang berjumlah 2 juta orang kepada TG Hj. Hadi dan kepimpinan tertinggi PAS melalui fitnah yang beliau sebarkan...
Dan ini pasti akan menimbulkan kemarahan ahli2 PAS terhadap kepimpinan mereka dan juga kepada UMNO...
Mereka akan menganggap bahawa kepimpinan PAS tercemar kerana UMNO dan menolak sebarang usaha kerjasama antara UMNO dan PAS...
Tapi Anwar menghadapi jalan buntu bila Husam memberitahu SPRM bahawa beliau tidak pernah melihat sekeping cek yang bernilai RM90 juta itu...
Siasatan SPRM juga tidak menemui apa2 bukti tentang kewujudan sekeping cek RM90 juta itu...
Kemudian SPRM menyiasat pula dakwaan bayaran RM1.4 juta yang di terima oleh Clare dari Rameli Musa, tapi masih lagi SPRM mendapati tiada apa2 kaitan antara bayaran itu dengan TG Hj. Hadi atau mana2 pemimpin PAS...
Seperti yang di dedahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin, persetujuan penyelesaian di luar mahkamah di capai tanpa melibatkan apa2 kos atau bayaran kepada mana2 pihak...
Tapi Americk Singh Sidhu, seorang peguam pula mendakwa bahawa RM1.4 juta itu adalah bayaran untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah...
Jadi dakwaan siapa yang betul, Takiyuddin atau Americk?
Siasatan SPRM telah mengesahkan bahawa bayaran RM1.4 juta BUKAN BAYARAN PENYELESAIAN KES DI LUAR MAHKAMAH seperti yang di dakwa oleh Anwar, MALAH RAMELI SENDIRI MENGAKUI BAHAWA YANG MENYURUH BELIAU MEMBAYAR CLARE BUKANNYA TG HJ. HADI TETAPI ANWAR IBRAHIM!!!
Hijab telah pun Allah SWT buka, fitnah yang di lemparkan Anwar kepada TG Hj. Hadi telah berbalik pada diri beliau sendiri...
Mufti Perlis pernah mengatakan, "Berhati2 untuk memfitnah Hj. Hadi kerana tanda2 zuhud ada padanya"...
Allah SWT pasti akan memelihara hamba2Nya yang di kasihi...
Firman Allah SWT dalam Al Quran :
مَكَرُوا۟ وَمَكَرَ ٱللَّهُ ۖ وَٱللَّهُ خَيْرُ ٱلْمَٰكِرِينَ
Mafhumnya :
Dan mereka merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya mereka dan ingatlah, Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya...
Surah Ali Imran : Ayat 54
Kredit :
2 comments:
Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.
tunggu satu lagi mahkamah di akhirat nanti semua orang kena bicara
sebelum dicabut ruh
pakat tobat n buat amal ibadat
diminumnya air nanah itu dan hampir dia tidak bisa menelannya dan datanglah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati; dan di hadapannya masih ada azab yang berat.
salah atau azab neraka
takut oi
Perang persepsi melalui fitnah ni pada zaman hitler dulu boleh laa...dah basi di zaman IT ni
Post a Comment