SITI AISYAH selepas dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Siti Aisyah lepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan bunuh Jong-nam
SHAH ALAM 11 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah, 26, yang didakwa membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam dua tahun lalu.
Hakim Datuk Azmi Ariffin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan.
"Dalam kes ini, pihak pendakwaan berhasrat untuk menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah. Dengan ini, Siti Aisyah dilepaskan tetapi tidak terjumlah kepada pembebasan," katanya dalam penghakiman di sini hari ini.
Terdahulu, Azmi membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad memohon menarik balik pertuduhan terhadap Siti Aisyah mengikut Seksyen 254 (1) Kanun Tatacara Jenayah.
SITI AISYAH selepas dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan membunuh lelaki Korea Utara, Kim Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Kedua-dua wanita itu didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam,45, bersama-sama empat lagi individu yang masih bebas di Balai Berlepas, KLIA2, Sepang kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.
Pertuduhan terhadap kedua-dua wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE
5 comments:
Tikus2 Geladak berterjunan ke laut bila tongkang mereka pecah. Saling tarik menarik, cakar mencakar, paut memaut nak selamatkan `NYAWA` masing2. Itulah gambaran sebenar untuk pemimpin2 umno dan pas sekarang! Tikus tetaplah tikus yang sentiasa menjahanamkan labu!
RBA..bersuara
Lepas Guan Eng keluarkan kenyataan hasutan berunsur perkauman, Nga Kor Ming keluarkan kenyataan yang lebih biadap.
Kenyataan Nga Kor Ming sebenarnya adalah tuduhan beliau bahawa masyarakat Melayu dan Islam yang berada dalam UMNO dan PAS adalah pengganas!!!
Perjuangan politik UMNO ialah mendaulatkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara!!!
Perjuangan politik PAS ialah mendaulatkan Islam di Malaysia tanpa pernah ada tercatit dalan sejarah perjuangan parti, PAS tidak pernah melakukan atau merancang atau menaja keganasan dalam apa bentuk sekali pun...
Rba ibarat babi yg menyondol cari cacing yg babi tahu sondol aja bukan tahu apa.
Wajib sokong perpaduan ummah.
Post a Comment