Saturday, March 02, 2019

Skandal Terowong B/KM PP: Mana Butiran 4 Perkara Ini?: -PAS



Skandal terowong: Mana integriti yang diperjuangkan?
SAYA percaya, serangan bertali arus yang dihadapkan kepada PAS sebenarnya adalah cubaan untuk menutup pekung isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Pihak SPRM telah menahan seorang ahli korporat, membekukan empat akaun syarikat dan menyita beberapa aset yang dipercayai berkaitan dengan projek tersebut.
Adakah skandal ini turut membabitkan pemimpin DAP khususnya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang?
PAS menuntut Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk menyediakan satu butiran lengkap pelan asal projek terowong dasar laut tersebut.
a) Berapakah jumlah sebenar kos projek,
b) adakah ia ditender secara terbuka dan sekiranya ia adalah tender terbuka, sila dedahkan perincian tender tersebut.
c) apa sebenarnya terma-terma yang dipersetujui antara pemaju dan LGE, termasuk perjanjian pertukaran lot-lot tanah di lokasi strategik Pulau Pinang
d) kemukakan latar belakang pemaju dan semua rakan kongsi yang terlibat. Adakah mereka pihak yang berpengalaman dan berkemampuan untuk melaksanakan projek dengan skala ini?
Malah, kajian ke boleh laksanaan (feasibility study) projek tersebut yang telah menelan belanja sebanyak RM305 juta masih belum dimuktamadkan sehingga Januari lalu.
Kini, rakyat berhak mendapatkan penjelasan sebenar projek ini setelah lebih setahun siasatan SPRM berjalan.
Justeru projek ini turut melibatkan kepentingan rakyat disebabkan terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa kaedah pembayarannya membabitkan pertukaran tanah (land swap) dan menjejaskan ekosistem persekitaran.
Rakyat tidak boleh dinafikan hak untuk mengetahui status atau hasil siasatan skandal projek terowong dasar laut yang sedang berlaku sekarang.
Beberapa tahun yang lalu, saya telah membangkitkan isu ini dan saya telah disaman oleh Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng pada masa itu.
Kini apa yang telah saya bangkit sejak awal dulu semakin menampakkan kebenarannya.
Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru.
tatawi
NASRUDIN HASSAN
24 Jamadil Akhir 1440 | 2 Mac 2019
– HARAKAHDAILY 2/3/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Gigit jangan tak gigit. Siapa gigit siapa? Bongkarkan, kawan gigit kawan...
Lihat juga..

4 comments:

Anonymous said...

Mamak bagi popcorn 2, teh tarik kurang hancing 1.

Anonymous said...

Rafizi kongsi gambar Hadi dan 'rakan karibnya'

2 Mac 2019, 1:49 tengahari (Dikemaskini 2 Mac 2019, 3:32 petang)

A A
PKR menolak teori spekulasi yang menyebut pihak yang membayar wang penyelesaian saman PAS dan Sarawak Report sebagai rakan karib presidennya Anwar Ibrahim.

Malah, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, tokoh korporat itu sebenarnya rakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sendiri.

“Pada pandangan kami, beliau dikenali sebagai bekas aktivis ABIM dan ahli perniagaan yang menyokong gagasan kerajaan perpaduan, iaitu menyatukan Umno dan PAS sejak dari tahun 2008 lagi.

“Laporan-laporan dari laman rasmi PAS sendiri menyebut bagaimana beliau mengiringi Hadi Awang dalam beberapa program, malah disertai dengan gambar-gambar bersama,” kata Rafizi.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi juga berkata beliau dilantik sebagai peneraju sebuah GLC kerana keterbukaan dan profesionalisme kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Anonymous said...

Butir-butir tahi abang besar kafir harbi roket mula menyalak bersahut-sahutan menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS kerana PAS menyiasat skandal abang besar roket dan kroni-kroninya.

Untuk menutup skandal abang besar roket, butir-butir tahi ini mencipta fitnah baru untuk memburuk-burukkan PAS. Malangnya orang ramai sudah tidak percaya pada parti kafir harbi roket kerana orang ramai telah dikencing dalam PRU oleh butir-butir tahi dan abang besar yang sama !

Hancing seluruh negara !

Tepuk !

Anonymous said...

Barua dedak roket 4:48 PM pandai mencipta cerita dongeng tetapi malangnya ceritanya tidak dipercayai oleh rakyat yang sudah hancing dikencing oleh abang besar roket dan khadam liberalnya. Cuba lagi mungkin anda boleh menulis cerita karut marut untuk budak tadika.

Tenkiu !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails