Katanya, beliau telah mencadangkan supaya jawatankuasa kelab itu melarang penjualan minuman berkenaan baru-baru ini dan mereka bersetuju dengan saranan tersebut.
DATUK Seri Aminuddin Harun
Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada ahli-ahli kelab golf milik kerajaan negeri itu membuat keputusan dalam mesyuarat agung luar biasa yang dijangka diadakan Ahad ini.
“Kalau mereka nak jual (arak), saya tak ada halangan tetapi saya akan undur diri. Saya sudah cakap dalam mesyuarat dua kali. Lagipun saya tak main golf, saya diminta jadi presiden.
“Sebagai exco agama Islam, saya tak boleh berada di situ. Lagipun yang minum di situ tak ramai. Ia bukan pendapatan besar, sebelum ini ia pernah tidak dijual di kelab tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Interaksi Pemimpin Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Negeri Sembilan di sini hari ini.
Menurut Aminuddin, gesaan supaya arak tidak dijual dibuat selepas mengambil kira sensitiviti umat Islam yang rata-rata menghuni taman-taman perumahan berdekatan kelab tersebut.
“Kelab itu terletak di Ampangan, berhampiran Masjid Kariah Paroi Jaya, Taman Paroi Jaya, Taman Golf Heights, hampir 100 peratus dikelilingi penduduk Melayu. Ia tidak sesuai dan sensitiviti kena diutamakan,” katanya.
Aminuddin berkata, keputusan untuk mengundur diri bukan bermakna mengalah sebaliknya beliau mahu menyerahkan kepada kira-kira 1,000 ahli berbayar kelab itu membuat keputusan berhubung isu berkenaan. - UTUSAN ONLINE
Hasil carian imej untuk 1o golongan jual arak
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas MB Negeri Sembilan! Kalau jual arak, MB undur diri dari jawatan sebagai Presiden Kelab Golf Antarabangsa Seremban. Al-hamdulillah!

Tapi lihat pula hadis ini..
” Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya “riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi
10 golongan (dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas
  1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.
  2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.
  3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram
  4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya.
  5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Maka perbuatan itu adalah haram.
  6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram
  7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .
  8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yang lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.
  9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
  10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Contoh seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya, maka perbuatan muslim itu adalah haram.
Nampaknya sebagai pemegang jawatan MB Negeri Sembilan laknat Allah pun terkena kepada beliau juga, walaupun arak jual sikit-sikit di Seven Eleven, dan lain-lain(?).