API marak membakar 10 kediaman penduduk di Lorong 1, Kampung Setia Jaya, Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR 19 Mac - Sepuluh keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran di Lorong 1, Kampong Setia Jaya, Setapak di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Komander Operasi, Mohd. Norman Marzuki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.51 petang sebelum tiba beberapa minit kemudian.
Ujarnya, satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi dengan bantuan dari balai bomba Setapak dan Hang Tuah.
“Sebaik tiba dilokasi, terdapat sepuluh buah rumah separa kekal musnah 100 peratus .
“Sebanyak 41 pegawai serta anggota dari tiga balai tersebut terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran dan api berjaya di kawal kira-kira pukul 4.09 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, kesemua 10 keluarga yang terdiri daripada 41 orang itu sempat menyelamatkan diri sebelum rumah mereka terbakar.
“Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment