Sunday, March 17, 2019

Tragedi Christchurch, Apa Kata Wardina Dan Artis..

'Benci yang melampau' - Wardina terkesan tragedi solat Jumaat di Christchurch
Wardina Safiyyah berkongsi kesedihan apabila memuat naik satu gambar di Instagram miliknya. - Foto Instagram

HALAMAN HIBURAN
'Benci yang melampau' -Wardina terkesan tragedi solat Jumaat di Christchurch

Tragedi yang berlaku di Christchurch, New Zealand melibatkan dua buah masjid sewaktu solat Jumaat semalam sangat menyayat hati segenap lapisan masyarakat terutamanya umat Islam.

Turut berkongsi kesedihan, selebriti terkenal Wardina Safiyyah apabila memuat naik beberapa entri berkaitan kejadian itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi satu entri, beliau melahirkan kesedihan melihat suasana di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood terbabit dan lebih terkesan apabila mendapat tahu suspek yang ditahan adalah warga Australia kerana dia berada di negara itu.

"Saya di Australia amat terkesan dengan kejadian pembunuhan di Christchurch. Benih kebencian usah disemai kerana dari sikap prejudis ia akan bertukar menjadi benci. Benci yang melampau," katanya.


Wardina turut berkongsi suasana hiba ketika beliau menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid di Australia pada Jumaat, menerusi satu perkongsian Instagram yang dihias sejambak ros putih. 

Usai menunaikan solat, katanya, beliau didekati seorang wanita yang dikenali sebagai Lisa dan mereka saling berkenalan sambil melawat persekitaran masjid. 

Beliau sangat tersentuh dengan kata-kata Lisa, yang katanya, walaupun bukan beragama Islam tetapi sangat menghormati dan berminat untuk mendalami agama ini.

Wardina turut menambah tulisan yang menggambarkan kebimbangannya berada di negara berjiran dengan New Zealand.

"NZ ialah jiran kami. Ia sangat dekat dengan kami. Apa yang berlaku sungguh tidak diduga dan sangat mengganggu perasaan.

"Sebagai seorang Muslim di Australia, bayangkan bagaimana perasaan saya setiap kali keluar rumah mulai hari ini? 

Hasil carian imej untuk Yatt Hamzah, Yatt Hamzah
Pada masa sama, beberapa rakan artis lain, termasuk Yatt Hamzah, turut meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar semua umat Islam, khususnya di New Zealand dan Australia, berada dalam keadaan selamat. (AA)

3 comments:

Anonymous said...

Tuhan memilih saudara saudara kita di NZ utk gugur syahid. Moga mrk dikurnia kedudukan syahid yg sempurna. Yg cedera, moga diberi kesabaran, ketabahan dan kesembuhan.
Moga Tuhan menunjukkan jalan kebenaran kpd mrk mrk yg masih di luar jalan kebenaran.

I said...

Sapa sebenarnya pelampau... siapa yang menanam kebencian kepada Islam. Di Malaysia..umpamanya ada para penghasut seperti ini perlu dibendung agar tidak menjadi benih jahat. Pada hemat saya, kesabaran setiap orang ada hadnya. Tak perlu mengata orang lain buruk perangai sedangkan diri kita sedang mana... semoga Malysia aman damai hendaknya.

Anonymous said...

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya". Kami akan mencatat perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka): "Rasakanlah olehmu azab yang membakar."

Nabi Nabi pun depa bunuh
pasai bawa ajaran yang tak ikut napsu depa
dari dulu puak pelampau pengganas kapir ni memang anti Islam


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails