PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga dari kiri) dalam Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (dua dari kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (tiga dari kanan). - UTUSAN ONLINE/Azrul Edham Mohd. Aminuddin
Hayati al-Quran untuk elak huru-hara - Dr. Mahathir
SEREMBAN - Umat Islam digesa menghayati ajaran kitab suci al-Quran yang melarang mereka mencetuskan huru-hara hingga menyebabkan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Islam perlu sedar bahawa keganasan yang dilakukan terhadap orang lain hanya akan mendorong tindak balas daripada pihak tersebut.
Katanya, huru-hara akan berlaku kerana kedua-dua pihak saling membalas dendam dan terdapat kemungkinan orang yang tidak berdosa menjadi mangsa.
“Hari ini kita lihat di mana-mana sahaja berlaku tindakan keganasan dan membunuh mereka yang tidak berdosa sama ada dalam kalangan orang Islam atau bukan Islam.
“Ini adalah dilarang oleh agama Islam kerana dalam al-Quran, Allah SWT melarang kita daripada membunuh,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2019M di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Dengan mengaitkan insiden keganasan di Christchurch, New Zealand, kelmarin, Dr. Mahathir berkata, tindakan kejam itu tidak boleh dibalas dendam dengan pembunuhan sekiranya umat Islam memahami isi kandungan al-Quran.
“Tetapi malangnya, hari ini, kita dapat lihat ramai orang Islam yang berbunuhan sesama sendiri di merata tempat termasuk di tempat mereka berhijrah.
“Akibatnya, akan berlaku tindakan balas seperti di Christchurch kerana mereka balas dendam dengan membunuh dan yang menjadi mangsa ialah insan yang tidak bersalah,” ujarnya.
Justeru itu, beliau menyeru umat Islam supaya membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya supaya dapat hidup dengan lebih sempurna dan aman.
“Al-Quran memberi panduan kepada umat Islam perkara yang dilarang atau diwajibkan, perkara yang semuanya membentuk peribadi mulai jika kita ikut,” katanya.
Seramai 28 peserta yang terdiri daripada 14 qari dan 14 qariah yang mewakili negeri masing-masing akan menyertai acara tilawah berkenaan.
Bagi menghafaz al-Quran, seramai 84 peserta berusia tujuh hingga 25 tahun akan bersaing dalam tiga kategori yang dipertandingkan. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Islam perlu sedar bahawa keganasan yang dilakukan terhadap orang lain hanya akan mendorong tindak balas daripada pihak tersebut.
Kita tanya balik Tun M, buktikan, mana 'keganasan yang dilakukan (orang Islam) terhadap orang lain'? Israel merampas bumi Palestin, mengapa Islam dituduh mengganas? Salahkah orang Islam membela hak diri mereka di Myanmar?
Macamlah Tun M hayati Al-Quran sangat? Busuk arak pun masih belum bersih dari bumi Malaysia bahkan menularkan ke negara lain!
2 comments:
Ibnu dah lupa 9/11
Paham ibu ketam ajar anak jalan betul kena tukar. Anak ikut cakap ibu, w/pun ibu jalan tak betul, baru boleh tukar tradisi. Mahadey suruh hayati quran, w/pun tiada pada beliau. Rakan dlm ph elok ikut, terutama dap, selain pan, pkr dan bersatu. Baru boleh jadi msia baru. Nanti lgbt tiada, fitnah tiada, rasuah tiada. Dan yg penting mahadey sendiri pun tidak rasuah, kroni, tidak fitnah dan paling penting buat mahadey ialah taubat di usia tua.
Post a Comment