KUALA LUMPUR 6 Mac - Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. R. Santhara Kumar menjuarai carta paling kaya dengan jumlah aset sebanyak RM132 juta.
Berdasarkan laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mydeclaration.sprm.gov.my, Santhara Kumar yang juga Ahli Parlimen Segamat menerima pendapatan bulanan sebanyak RM45,000.
Diikuti, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham memiliki aset bernilai RM77 juta.
Beliau yang juga sepupu Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming menerima pendapatan bulanan sebanyak RM55,908.33.
Seterusnya, Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai aset bernilai RM32 juta.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) memiliki RM75,861.57 pendapatan bulanan.
Portal Perisytiharan Harta yang dibangunkan oleh SPRM disediakan untuk membolehkan perisytiharan harta untuk paparan masyarakat untuk membuktikan ketelusan kepemimpinan kerajaan. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment