RANTAU telah menjadi medan membuktikan betapa benarnya DAP itu adalah parti rasis dan pelampau. Rantau membogelkan wajah DAP yang sebelum ini cuba disembunyikan khususnya di kalangan orang-orang Melayu.
Kononnya bersih, cekap, telus tetapi hakikatnya mereka parti perkauman yang mahu memecah dan menghasut kestabilan kaum.
Dominasi Melayu mereka lihat sebagai ancaman dan perlu dipecah,-pecahkan kerana ia kononnya mengancam kehidupan dan kepentingan masyarakat bukan Melayu.
Di Rantau dua pemimpin kanan DAP, Ronnie Liu dan Kulasegaran dengan bantuan teknologi maklumat dan media sosial telah memuntahkan bangsa apa DAP ini sebenarnya, sesuatu yang tidak akan mereka nyatakan jika di depan orang-orang Melayu.
Ronnie mengadu-domba perpaduan yang diusahakan antara Umno dan PAS. Beliau menghina pakaian sunnah dan menuduh taawun Umno dan PAS ini adalah pakatan orang-orang jahat.
Kula pula menyeru pengundi India mengundi calon dari darah dan keturunan mereka. Beliau akui jika makan akan cari restoran India dan tidak makan di kedai Melayu atau Cina.
Inilah wajah sebenar DAP. Tidak hairan agenda mereka juga begitu maka hubayalah umat Melayu.
Kita tidak tuduh kawan-kawan kita orang-orang India dan Cina tetapi kita beri amaran kepada semua DAP cuba bina bangsanya sendiri mirip Hitler dan bangsa Aryannya dulu.
Bangsa dan budaya DAP ini mesti ditolak rakyat Malaysia.
Kita dah lakukan di Cameron Highlands, Semenyih dan terbaru Rantau. Ayuh bangkit. Katakan TIDAK kepada BANGSA DAP! – HARAKAHDAILY 15/4/2019
No comments:
Post a Comment