Monday, April 22, 2019

Ibnu Hasyim Kutuk Serangan Gereja Dan Hotel Di Sri Lanka

KAKITANGAN hospital di Sri Lanka membawa mayat mangsa ke bilik  Letupan Sri Lanka, mangsa maut meningkat kepada 207 orang dan 3 suspek ditahan

KL: Weblog Ibnu Hasyim mengutuk serangan terhadap gereja abang dan kakak Kristian pada hari Easter termasuk hotel di Colombo, hari ini. 

Menurut editornya Hj Mohd Hasyim, pihaknya berasa dukacita dengan banyak mangsa terkorban disebabkan elemen keganasan dan ekstremis yang mahu memecah-belahkan antara etnik dan agama.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dan ekstremis dalam apa jua bentuk, walau di mana dunia mereka berada.
“Saya juga meminta Presiden Maithripala Sirisena dan kerajaan Sri Lanka menjalankan siasatan komprehensif dan membawa pelaku-pelaku ke muka pengadilan, sehingga jelas apakah benar ada pelakunya seorang Muslim bernama Mohamed Azzam Mohamed." jelas Hj Mohd lagi..
Hasil carian imej untuk gambar ibnu hasyim
Editor Ibnu Hasyim semasa berada di Sri Lanka.


Sebelum itu dilaporkan, pengebom bunuh diri itu dilihat sangat bersabar ketika berbaris bufet sarapan Easter di Hotel Cinnamon Grand sebelum meledakkan letupan yang diikat dibelakang badannya, di Colombo hari ini.
Pengurus di hotel itu berkata, pelaku itu mendaftar masuk malam tadi sebagai Mohamed Azzam Mohamed, baharu tiba gilirannya bagi mengambil makanan namun meledakkan bahan letupan berkenaan.

Sila lihat..

1 comment:

Anonymous said...

PH sesuai sangat digelar bangkai atas sifatnya yg rasis dan pemecah belah org melayu. PH juga bangkai kerana isu icerd, lgbt, liberal dan hina islam dan raja2 melayu. Elok jauhi bangkai yg sangat busuk ini. Kecuali manusia bangkai yang mendekati bangkai dan babi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails