Paksaan bertudung: Latheefa perlu berhati-hati
SAYA membaca kenyataan peguam Latheefa Koya Abdullah yang mengingatkan orang ramai supaya tidak memaksa wanita bertudung. Kenyataan tersebut disiarkan melalui laman portal berita MalaysiaKinidengan tajuk "Wanita tidak seharus dipaksa bertudung - Latheefa". Pada saya, kenyataan tersebut sangat merbahaya dan tidak wajar sama sekali dikeluarkan oleh seorang wanita muslimah.
Pada asasnya, perlu difahami bahawa menutup aurat adalah sesuatu yang menjadi kewajipan di dalam Islam. Aurat seorang wanita muslimah bukan merupakan maklumat rahsia bahawa ia meliputi seluruh anggota tubuh melainkan muka dan tangan. Justeru, dengan menyatakan bahawa seorang wanita (muslimah) tidak seharusnya dipaksa untuk bertudung adalah satu kenyataan boleh difahami telah menafikan kewajipan untuk menutup aurat bagi seorang wanita muslimah.
Saya setuju bahawa kita tidak boleh memandang rendah dan serong terhadap wanita muslimah yang tidak bertudung. Kemungkinan yang mendorongnya untuk tidak menutup aurat dengan sempurna berpunca dari pelbagai faktor sama ada kejahilan, tekanan sekitar dan sebab-sebab lain. Bagaimanpun, ia tidak pernah menafikan bahawa sebagai seorang muslimah, menutup aurat dengan sempurna tetap menjadi kewajipan.
Menyatakan bahawa wanita tidak seharus dipaksa bertudung samalah ertinya ada menyatakan bahawa umat Islam tidak harus dipaksa solat, atau anggota masyarakat tidak harus dipaksa menjaga kebersihan. Konotasi 'dipaksa' itupun telah membawa kepada satu pemahaman berbentuk negatif.
Bukan menjadi satu keperluan untuk membuat penegasan bahawa wanita tidak seharus dipaksa bertudung pada masa kini. Pendidikan terhadap wanita muslimah perlulah sentiasa berterusan agar mereka memahami bahawa menutup aurat merupakan satu kewajipan di dalam Islam. Ia bukanlah kerana orang Islam itu terlalu rapuh dan obses kepada bentuk badan, dan rambut, dan seks sebagaimana dakwa Latheefa tetapi ia adalah kerana perintah Allah S.W.T.
Saya nasihatkan Latheefa Koya, berhati-hatilah khususnya dalam urusan agama.
AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
18 April 2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengenai kenyataan peguam Latheefa Koya, al-hamdulilah, masih ada kawan-kawan kita yang mahu menegur dan membetulkan..
ReplyDeletePuak munafik liberal liberal dan ular-ma liberal yang disokong oleh puak kafir harbi cuba menghasut wanita Islam menentang perintah Allah dan RasulNya dengan mendedahkan aurat wanita Islam.
Puak munafik liberal liberal dan ular-ma liberal telah mencipta alasan karut marut kononnya wanita Islam tidak wajib menutup aurat mereka kononnya kerana ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentang hukum menutup aurat.Inilah contoh pembohongan puak munafik liberal dan ular-ma liberal mereka untuk menyesatkan wanita Islam.
Fakta menunjukkan para ulama Islam dari dulu, kini dan selamanya telah sepakat menyatakan bahawa wanita wajib menutup aurat berdasarkan ajaran Al-Qur'an dan Hadis. Maka jelaslah puak munafik liberal adalah musuh Islam yang sangat jelas dan lebih berbahaya dari orang kafir sendiri kerana puak munafik liberal cuba memusnahkan Islam dari dalam.
Allah telah berfirman yang bermaksud:
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
(Al-Baqarah 2:14)
Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu.
ReplyDeleteDan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka.
Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik.