▼
Sunday, April 07, 2019
Naik Gaji Tentera Untuk Orang Cina Dan India..
Maka berkatalah Menteri Pertahanan yang maha bijaksana itu (sebagaimana dipetik Kosmo online):
"Mungkin masalah tangga gaji kecil menyebabkan mereka (Cina dan India) kurang minat menyertai tentera. Oleh itu, kerajaan perlu fikir tangga gaji yang lebih sesuai kepada anggota keselamatan ini,"
Puluhan tahun orang-orang Melayu berkorban dan menggadai nyawa menyertai tentera demi mempertahankan kedaulatan negara, tanpa banyak berkira, tiada pula yang mahu membela dan memperjuang nasib mereka.
Tiba- tiba mereka (Cina dan India) dikesan kurang minat menyertai tentera atas faktor gaji kecil menggelupoh Menteri Pertahanan PH mahu kerajaan pertimbang tangga gaji yang lebih sesuai.
Beri gaji besar biar ramai mereka (Cina dan India) minat untuk sertai tentera ... itulah fokus Menteri bijaksana ini.
Mungkin lepas ini Abang Mat akan dipuji dan disanjung Kit Siang dan Guan Eng. Tidak sia-sia kami letakkan kamu di sana. Kamu sekarang dah pandai dan boleh diharap.
Yang penting nasib dan masadepan mereka (Cina dan India) kerana merekalah yang memenangkan kita termasuk kamu Mat.
Angguk dan terus angguk.
Roslan SMS
MR : Ini kebodohan parti AMANAH
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
No comments:
Post a Comment