MODERATOR Prof. Datuk Noor Azizah Mohd Awal (kiri) bersama ahli panel Prof. Dr. Faridah Jalil (dua dari kiri) , Mohd.Khairul Azam Abdul Aziz (tengah) , Azril Mohd.Azmin dan Asheeq Ali Sethi Alivi (kanan) dalam Program Bicara Persada Bertajuk Statut Rome: Malaysia Ke Arah Mana? di Persada Canselor UKM Bangi. - UTUSAN ONLINE/ROSNI MASRI
Statut Rom:Tommy Thomas gagal yakinkan Majlis Raja-Raja
KUALA LUMPUR 19 April - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat meratifikasi Statut Rom berikutan Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri gagal meyakinkan Majlis Raja-Raja berhubung perkara berkenaan.
Pengamal undang-undang, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, hal ini bukan disebabkan oleh tindakan empat profesor perundangan yang dituduh cuba mengelirukan Majlis Raja-Raja dengan membentangkan kertas kerja masing-masing.
“Saya tidak setuju bahawa empat pensyarah itu telah mengelirukan Majli Raja-Raja. Isunya sekarang, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Professor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi gagal meyakinkan Majlis Raja-Raja kerana kedua-dua pihak ini diundang oleh Majlis Raja-Raja untuk bentangkan kertas kerja mengenai Statut Rom.
"Tommy Thomas sendiri bila dijemput ke Majlis Raja-Raja gagal kemukakan hujah balas mengenai perbentangan empat pensyarah itu. Jadinya, ini bukan cerita empat pensyarah ini kelirukan Majlis Raja-Raja, tapi isunya adalah Peguam Negara gagal yakinkan Majlis Raja-Raja dalam isu ini,” katanya dalam Bicara Persada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertajuk Statut Rom: Malaysia ke Arah Mana? di Bangi dekat sini hari ini.
Yang turut menjadi panel dalam program itu ialah Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM, Prof. Datin Faridah Jalil; Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd. Amin dan
Ketua Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi serta moderator oleh pensyarah undang-undang UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Aziah Mohd. Awal.
Pada 7 April lalu, Asheeq Ali mendedahkan mengenai rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lepas.
Asheeq Ali dan lapan rakannya mempersoalkan mengapa kajian itu dijalankan secara sulit tanpa diketahui masyarakat selain mendakwa hujah-hujah rumusan itu bersifat berat sebelah, kerana hanya mempersoalkan sebab Majlis Raja-Raja perlu menolak perjanjian antarabangsa itu.
Rumusan itu dilakukan Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad; Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr Shamrahayu Ab. Aziz; serta dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi. - UTUSAN ONLINE
ReplyDeleteKita umat Islam sudah melihat dengan jelas bagaimana puak kafir harbi dan khadam liberal mereka membuat pelbagai rancangan jahat seperti ICERD, Rome Statue dll untuk menghapuskan kuasa Agong dan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan penaung umat Islam termasuk kaum Melayu.
Jika puak kafir harbi dan khadam liberal mereka berjaya menghapuskan kuasa Agong dan Raja-raja Melayu, maka puak kafir harbi dan khadam liberal mereka bebas bermaharajalela menindas agama Islam dan umat Islam tanpa sebarang halangan.
Alhamdulillah Raja-raja Melayu dan umat Islam berani menentang ICERD, Rome Statue dll dan memaksa puak kafir harbi dan khadam liberal membatalkan rancangan jahat mereka.
Selepas ini apa pula rancangan jahat puak kafir harbi dan khadam liberal mereka untuk menghapuskan kuasa Agong dan Raja-raja Melayu supaya musuh Islam boleh menindas agama Islam dan umat Islam tanpa sebarang halangan.
Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS dan sekutunya untuk melindungi agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak kafir harbi dan khadam liberal mereka.
Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" An-Nisaa' : 144.
Engko sendiri tak paham ICERD dan statut rom nak tunjuk pandai kununye nak hapuskan raja melayu dan hak melayu......
DeleteStatut rom ramai yg gila babi kerana tak paham ape sebenar statut rom...
ReplyDeleteKerajaan kena panggil dulu penguasa statut rom beri penjelasan dan dialog mengenai perlembagaa....baru semua pihak paham dan boleh buat keputusan...
ReplyDeleteKomen 9:41 PM dan 9:43 PM adalah komen-komen emosional berperasangka jahat maka komen tersebut bertaraf longkang bukan hujah ilmiah !
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohammad menulis:
ReplyDelete(1) Dengan hormat, saya tidak bersetuju dengan pandangan bahawa dengan penerimaan Statut Rom “kedudukan dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong kekal terpelihara.” Ini kerana Statut Rom hanya mengiktiraf kekebalan orang di bawah umur 18 tahun. [vi]
(2) ICC tidak mengiktiraf kekebalan mereka (raja-raja Melayu)
(3) Raja-Raja tidak mempunyai kekebalan di ICC.
Rujukan : https://www.ismaweb.net/2019/03/22/patutkah-kita-terima-statut-rom-soal-bekas-ketua-hakim-negara/
Sambungan komen 10:16 PM:
ReplyDeleteKomen:
Dengan melaksanakan Statut Rome, raja-raja Melayu akan hilang kekebalan dari segi undang-undang dan raja-raja Melayu terpaksa tunduk kepada kehendak ICC. Ini bererti raja-raja Melayu telah kehilangan kuasa dan kebebasan untuk membuat sebarang keputusan untuk kebaikan negara kerana mereka akan terikat dengan Statut Rom dan ICC. Ini bererti negara telah hilang kemerdekaan.
Maka tidak hairanlah kita melihat banyak negara yang cerdik seperti negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan negara kecil seperti Singapura menolak Statut Rom dan ICC !!
KERAjaan Pakatan Tiada Harapan tidak cerdik kerana buat keputusan bodoh yang merugikan negara sendiri ! Maka tidak hairanlah ekonomi negara, pelaburan asing, nilai ringgit merundum dan kerugian besar bursa saham adalah disebabkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Tiada Harapan yang tidak cerdik !!!
Kononnya raja tak faham. Ini sangat menghina raja2 melayu.
ReplyDelete