Tuesday, April 23, 2019

Pemutihan Penjawat Awam: Apakah DAP Kuasai Kerajaan?



Kian Ming patut bangunkan ekonomi negara bukan sibuk politik rakyat

BANGI, 16 Syaaban 1440H, Isnin – Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, bahawa kerajaan akan meneruskan program ‘pembersihan’ ke atas penjawat awam dilihat bermotifkan kuasa dan politik.

Ketua Jawatankuasa Ekonomi Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa), Muhammad Thalhah Kamarol Zaman berkata, perkara ini agak pelik keran kenyataan dikeluarkan daripada pemimpin parti tamak dan haloba, yang jelas tidak mempunyai kaitan dengan portfolionya. 

“Tidakkah suatu yang janggal apabila pengumuman yang cukup penting ini dilakukan oleh seorang timbalan menteri dan bukan perdana menteri. 

“Hatta portfolio Ong Kian Ming tidak ada kena-mengena dengan tugas memecat penjawat awam. Adakah benar tuduhan perdana menteri sebelum ini yang menyatakan DAP sebenarnya menguasai kerajaan?,” soalnya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net hari ini. 

Sebelum ini, Kian Ming mendakwa, kerajaan akan meneruskan ‘proses pemutihan’ dalam perkhidmatan awam yang masih menyokong kerajaan lama. 

Walaupun beliau tidak berhadapan dengan masalah untuk bekerjasama dengan kakitangan di MITI, namun katanya, kementerian lain masih berdepan kesukaran.

“Saya tidak nafikan kementerian lain seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia memang ada cabaran yang lebih berat kerana ada ramai orang yang lebih berpihak kepada kerajaan lalu dan kita kita masih buat cleaning up process (proses pembersihan),” kata Kian Ming.

Menyelar kenyataan itu, Thalhah menegaskan pemimpin parti rasis itu ternyata sekali lagi melanggar manifesto kerajaan PH yang ingin memberikan kebebasan kepada setiap rakyat membuat pilihan politik mereka. 

“Ini adalah hak setiap rakyat untuk memilih cuma mereka perlu bersikap professional apabila menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Kerajaan patut memikirkan kebajikan keseluruhan penjawat awam tanpa memikirkan aliran politik mereka. 

“Adakah memecat penjawat awam dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini merupakan tindakan yang bijak?,” soalnya.

Pada masa sama katanya, Kian Ming sepatutnya memberi lebih perhatian kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. 

“Dia kena tumpu tugas portfolio untuk membangunkan ekonomi negara yang kian meruncing hari ini. Dia seharusnya lebih risau akan krisis minyak sawit negara, kejatuhan ringgit dan prestasi burun pasaran saham. Tugas ini tidak pula beliau endahkan,” katanya. (www.ismaweb.net)

1 comment:

  1. Throw out the deadwood and the corrupts. We prays 5xper day we go to jumaat prayer, we fast but we never say no to corruption.

    ReplyDelete