HALAMAN HIBURAN
Penari separuh bogel buat majlis anak Normah Damanhuri panas
KUALA LUMPUR 7 April- Majlis persandingan pelakon Ahya Ulumuddin dan pasangannya menjadi ‘panas’ apabila tular video yang memaparkan persembahan separuh bogel meraikan mereka sejak semalam.
Visual yang memperlihatkan persembahan seorang penari hanya mengenakan bikini ketika pasangan tersebut sedang menikmati makanan beradab dalam sebuah majlis yang diadakan di ibu negara.
Menutup bahagian atas tetapi mendedahkan sebahagian punggung, penari tersebut tidak langsung malu dengan kehadiran tetamu yang mahu meraikan majlis pernikahan yang sepatutnya membawa berkat itu.
Video pendek tersebut pada asalnya dimuat naik oleh kakak kepada Ahya, Liana Rosli di dalam Insta Story miliknya sebelum tular kepada umum.
Rata-rata warganet mengecam majlis persandingan anak bongsu pelakon veteran Normah Damanhuri yang disifatkan tidak sopan dan mencemarkan nama baik mereka sendiri.
Tidak cukup dengan itu ada yang kurang senang dengan persembahan tersebut memandangkan ia turut disaksikan oleh kanak-kanak dan warga emas.
Terdahulu Ahya, 32, bernikah dengan Shahirah Sanusi, 27, di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 29 Mac yang lalu.
Dia menyerahkan seutas rantai emas dan sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan hantaran sebanyak RM30,000. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masih ada yang berfikiran begini dalam pemikiran artis di kalangan yang disebut 'umat
Islam Malaysia'? Pihak berwajib seperti Kerajaan PH perlu menangani sebaik-baiknya segera! Perlukah ikut peraturan hiburan seperti di negeri-negeri di bawah pimpinan PAS?
Selamatkan rakyat di dunia dan di akhirat!!
Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
1 comment:
PERHATIAN:
Kalau kepada pengomen-pengomen 'kacang merah' anti Islam, kita tak layan. Kerana,
1.tiada hujah atau hujah bodoh
2.memperkata soal Islam dalam suasana tak faham Islam.
3.menghina Islam dari penulis upahan yang ditugaskan untuk menyerang Islam (Red Army) samada dari yang mengaku Islam atau bukan Islam.
4.penulisan penuh emosiaonal tiada fakta.
5.lucah, mencarut dan biadab.
-Dari Editor
Post a Comment