Saturday, April 20, 2019

Rompakan Maut Kedai Emas Di Seri Kembangan. Ini Hukuman Sepatutnya..

Penyelia kedai emas maut ditembak dalam rompakan di Seri Kembangan
Penyelia kedai emas maut ditembak dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Seri Kembangan malam tadi. -Gambar hiasan

Penyelia kedai emas maut ditembak dalam rompakan di Seri Kembangan

SERDANG: Seorang lelaki yang merupakan penyelia kedai emas maut selepas ditembak dalam satu rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, dekat sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata dalam kejadian jam 7.13 petang, kedai emas berkenaan dimasuki tiga lelaki bertopi keledar yang memakai ves pantul cahaya.

Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Perak itu berada di dalam kedai emas berkenaan bersama seorang lagi pekerja wanita berusia lewat 20-an.

Salah seorang suspek melepaskan satu das tembakan yang tepat mengenai dada lelaki berkenaan dipercayai kerana tidak berpuas hati apabila mangsa tidak mengendahkan arahan mereka.


"Tembakan ini akhirnya membawa maut ke atas penyelia tersebut dan suspek dalam kes ini seramai tiga orang tadi telah berjaya melarikan empat dulang emas yang mereka dapat daripada kejadian samun tadi.

"Ketika kejadian terdapat dua pekerja yang bertugas iaitu seorang perempuan Melayu dan juga mangsa yang ditembak tadi," kata Fadzil.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek mengambil masa dua ke tiga minit untuk melarikan empat dulang mengandungi barangan kemas sebelum meloloskan diri.

Kesemua suspek melarikan diri dengan menggunakan dua motosikal yang ditinggalkan di luar pasar raya berkenaan yang dijaga oleh suspek keempat.

Pemeriksaan forensik menemui satu kelongsong peluru dan mangsa dipercayai mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol jenis semi automatik.

Jelas Fadzil, anggota Unit Forensik masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti jumlah kerugian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 302 kanun sama.

PASUKAN polis memeriksa mayat penyelia kedai emas yang mati ditembak
PASUKAN polis memeriksa mayat penyelia kedai emas yang mati ditembak penjenayah dalam kejadian rompakan di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, Serdang, Selangor hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hukuman jenayah yang ada sekarang sudah tidak relevan lagi. Boleh cuba sistem perundangan Islam.


Hudud paling praktikal cegah jenayah – Zakir Naik 
April 20, 2016 12:17 PM
NILAI: Hudud adalah undang-undang pencegahan jenayah yang paling praktikal di muka bumi ini, kata pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik.
Dr Zakir berkata, Arab Saudi yang melaksanakan hukum hudud terbukti lebih berjaya menangani jenayah berbanding Amerika Syarikat (AS) yang tidak melaksanakan undang-undang sedemikian.
Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa AS sendiri, yang mana menunjukkan kadar rogol dan jenayah di negara kuasa besar itu adalah tertinggi di dunia.
“3,000 jenayah direkodkan berlaku setiap saat di AS ketika ini. Bayangkan jika sistem zakat dibuat dan disusuli undang-undang Islam (hudud) di AS. Adakah ia akan menambah atau mengurangkan jenayah?
“Sudah tentu ia mengurangkan jenayah. Undang-undang syariah adalah undang-undang paling praktikal untuk dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Ceramah itu dihadiri Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan kira-kira 1,000 pelajar dan kakitangan universiti itu.
Agenda pelaksanaan hukum hudud sering dibangkit di negara ini dan menjadi wadah utama perjuangan PAS bagi memperoleh mandat daripada pengundi.
Terbaru, PAS cuba untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965, bagi membolehkan hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Agenda hudud menjadi punca kepada perbezaan pendapat antara PAS dan DAP sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur tahun lalu.


Bagaimana Hukum Mencuri/merompak Menurut Ajaran Islam?
Secara rngkasnya, lihat hadis ini.. Dari Amr bin Al Ash bahwasahnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang buah yang tergantung diatas pohon, lalu beliau bersabda: 
Barangsiapa yang mengambil barang orang lain karena terpaksa untuk menghilangkan lapar dan tidak terus- menerus, maka tidak dijatuhkan hukuman kepadanya. Dan barangsiapa mengambil sesuatu barang, sedang ia tidak memerlunya dan tidak untuk menghilangkan lapar, maka wajib atasnya mengganti barang tersebut dengan yang serupa dan diberikan hukuman ta’zir. Dan barangsiapa mengambil sesuatu barang sedangkan ia tidak dalam keadaan memerlukan, dengan sembunyi-sembunyi setelah diletaknya di tempat penyimpanannya atau dijaga oleh penjaga, kemudian nilainya  seharga perisai maka wajib atasnya dihukum potong tangan.” (HR. Abu Daud).
Insya Allah, jika ada kelapangan akan dihuraikan lebih lanjut lagi..

No comments:

Post a Comment