Monday, April 29, 2019

Sempena Ramadan, Lebih Ramai Pelancong Ke K'tan, Ada Apa?


Lebih ramai pelancong ke Kelantan sempena Ramadan
KOTA BHARU – Pengisian keagamaan dijangka menarik lebih ramai pelancong agama ke Kelantan sempena Ramadan ini.


Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pelbagai aktiviti keagamaan yang dilakukan untuk memberi kemahiran dan taranum di Madinah Ramadan.
Beliau berkata, istimewanya tahun ini akan terdapat beberapa ustaz yang akan memberi tunjuk ajar dalam program daurah untuk meningkatkan keupayaan dan pemahaman al- Quran.
“Kita pernah dapat Anugerah Produk Pelancongan Terbaik Asia Pasifik 2013. Orang tak datang ke Kelantan untuk cari kepuasan hiburan tetapi untuk rasai kenikmatan puasa di sini. Ia suatu produk pelancongan yang jarang ada di tempat lain. Ada yang sudah tempah hotel untuk berada di sini hampir sebulan.
“Justeru, kita harapkan kehadiran pelancong agama ini akan meningkat dan lazimnya ia melibatkan pelancong dari Singapura dan negeri berjiran kita.
“Dalam masa yang sama saya amat terharu dengan sokongan dan kerjasama semua yang menghulurkan sumbangan kewangan untuk menjayakan Madinah Ramadan kali ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Makan Malam Infaq Ramadan 1440/2019 Kota Bharu di sini semalam.
Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 tetamu yang terlibat dalam program infaq berkenaan yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin; Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahma dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.
Ahmad berkata, pagi semalam berlangsung majlis sumbangan infaq untuk Madinah Ramadan dan hasil kutipan sehingga kini bernilai RM1.46 juta termasuk hasil sumbangan malam tadi bernilai RM500,000.
Antara pengisian yang diaturkan sepanjang bulan Ramadan di Madinah Ramadan ialah berbuka puasa beramai-ramai setiap hari, tarawih, qiamullail, bersahur, khatam al- Quran, ijtimak pondok Malaysia, tadarus, pertandingan khat, sumbangan untuk asnaf, daurah al- Quran, himpunan belia bersama ustaz Azhar Idrus dan diakhiri dengan gema Aidilfitri pada 1 Syawal.- SINAR HARIAN 27/4/2019

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...semoga Kelantan terus subur dengan Islam dan subur hati. Tetap tenang walaupun di lempar kata2 sebagai negeri miskin oleh sijahil kerana mereka tidak ragu dalam soal rezki.

Subur dimata orang jahil ialah duit duit duit, kaya kaya kaya semata mata. Jangan kita ikut

Anonymous said...

Babi pun buat hubungan sex berlain jenis, tapi ada makhluq yg berhubung sex sejenis. Tidak hairan bila babi yang hina rasa mulia, bila adanya golongan songsang lgbt.

Anonymous said...

Islam dan umat Islam tidak selamat di bawah pemerintahan pakatan liberal-kafir harbi.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/islam-dibuli-tidak-selamat-di-bawah-kerajaan-ph-mufti-perlis-1.891386

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails